CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3035|Reply: 2

BOTOX.. bukan hanya untuk cantik

[Copy link]
Post time 17-3-2011 10:14 AM | Show all posts |Read mode

  • HAKIM sedang menjalankan kaedah suntikan botox untuk rawatan migrain.



Bukan hanya untuk cantik, bantu atasi migrain

BOTOX untuk merawat migrain? Mungkin asing bagi kebanyakan kita dengan pelbagai persoalan, bolehkah, bagaimana dan sebagainya. Ketika ini, sebut saja botox, apa yang terbayang adalah wajah yang berubah rupa.
  Jika dulu kurang menawan, kini, jadi menarik. Hidung yang pesek bertukar mancung, dagu yang tak berbentuk kini panjang dan runcing, kulit yang mengendur dan `kaya’ dengan kedutan, kini licin, gebu dan tegang.
  Tidak kurang yang menolak rawatan ini, khususnya umat Islam kerana ragu dengan hukum halal haram mengambil suntikan itu, bukan saja kerana bahannya yang dikatakan dari sumber tidak halal malah penggunaannya yang mengubah ciptaan Tuhan.

  Suntikan botox untuk merawat migrain memang kurang popular di negara ini. Hakikatnya, Agensi Perkhidmatan Kesihatan England membuktikan botox atau Botulinum toxin A, yang digunakan sebagai rawatan antikedut itu mampu memberi kesan yang baik kepada kira-kira 700,000 pesakit migrain di negara berkenaan.

  Kajian terhadap lebih 1,300 pesakit yang diserang 15 kali migrain dalam tempoh sebulan, mendapati botox mampu mengurangkan kekerapan migrain sebaik saja mendapat suntikan itu. Malah, botox juga mempunyai pelbagai kegunaan perubatan lain, termasuk merawat angin ahmar.

  Pengamal Perubatan Klinik Estetik Ayu Jelita, Dr Hakim Hamzah, berkata rawatan botox mampu membantu pesakit menghilangkan migrain dengan serta-merta selepas menjalani suntikan itu.
  “Rawatan botox untuk migrain lebih popular di negara Barat dan ternyata ia adalah alternatif terbaik meskipun ia tidak berkekalan. Ia hanya bertahan antara enam bulan hingga setahun. Bagaimanapun, rawatan itu mampu bertahan lama bergantung cara suntikan itu dilakukan dan penerimaan kepada pesakit sendiri.

  “Namun, mereka yang mendapat suntikan itu memang akan berpuas hati dengan migrain mereka akan hilang untuk tempoh berkenaan atau setidak-tidaknya mengurangkan kekerapan diserang sakit kepala,” katanya.

  Botox akan bergabung dengan hujung saraf dan menghalang bahan kimia iaitu aceylchiline daripada dilepaskan hingga melemahkan otot yang menyebabkan sakit kepala.

  Rawatan botox untuk migrain bermula sejak dua tahun lalu, namun tidak banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan ini dan tidak ramai yang mendapatkan rawatan berkenaan.

  Dengan bayaran RM669 (kadar yang dikenakan Klinik Estetik Ayu Jelita) untuk satu suntikan, ia bukanlah kadar yang tinggi berbanding kesakitan yang perlu ditanggung pesakit, terutama pesakit migrain kronik.

  Pesakit perlu menjalani pemeriksaan rapi daripada doktor untuk melihat kawasan serangan serta punca, selain ujian CT Scan bagi mengenal pasti penyakit lain yang menyebabkan migrain seperti barah dan darah tinggi.

  “Ada pesakit yang tidak begitu teruk menghidapi migrain hanya mengambil pil penahan sakit seperti panadol atau ponstan, tetapi ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan.
     
  “Banyak sebab seseorang itu boleh diserang migrain mungkin kerana selalu dalam keadaan tekanan, penat, terdedah kepada cuaca panas, bunyi bising, kurang tidur, tidak tahan bau-bauan, pengambilan makanan serta minuman mengandungi kafein,” katanya.

  Namun, Dr Hakim menegaskan rawatan botox tidak boleh dilakukan pada pesakit sakit kepala, yang berpunca daripada ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm, gelembung darah yang menyekat saluran darah.

  Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, sakit kepala atau migrain mempunyai pelbagai kategori dan ia dianggap kronik apabila seseorang itu mengalami serangan melebihi daripada 14 kali sebulan.

  Sembilan puluh lima peratus daripada migrain itu boleh dirawat dengan pelbagai cara termasuk mengambil pil penahan sakit manakala lima peratus lagi tidak boleh dirawat disebabkan oleh ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm.

INFO: Migrain

Sakit kepala disebabkan aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.
Migrain mungkin antara penyakit paling lazim di seluruh dunia hinggakan banyak hasil seni juga lahir berkisar penyakit ini.
Wanita lebih tinggi mendapat migrain berbanding lelaki, iaitu kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.
Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

Bahagian migrain

Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.
Migrain di depan kepala
  Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.
Sisi kiri atau kanan kepala
  Migrain focul yang tidak spesifik
Belakang kepala
  Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)
Atas kepala
  Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.

Kaedah rawatan
Pengambilan ubat sesuai dan selamat seperti pil penahan sakit, suntikan tahan sakit atau ubat merehatkan otot
Rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah dengan cahaya terang
Urut, meditasi atau yoga untuk melancarkan kitaran darah
Botox
Pembedahan  

Tanda migrain
Gangguan visual
Nampak tompok atau kilauan cahaya
Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
Mual atau muntah
Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
Lemah atau kebas pada anggota badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2011 10:15 AM | Show all posts
thanks to .berita harian
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 03:55 PM | Show all posts
saye nk cucuk gak la.... bpe leh bg??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.217267 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list