View: 5952|Reply: 0
|
MotoGP: Marquez terbuka terima tawaran
[Copy link]
|
|
MARQUEZ hanya memiliki kontrak setahun bersama Gresini dan terbuka untuk mendengar sebarang tawaran bagi musim depan. - AFP
LONDON – Juara dunia MotoGP, Marc Marquez memberi petunjuk pertama mengenai perjalanan kariernya selepas mengakui bahawa dia boleh meninggalkan pasukan satelit Ducati, Gresini Racing dan terbuka untuk menyertai mana-mana pasukan pada 2025.
Tegas Marquez, dia menyerahkan kepada semua pasukan untuk membincangkan di mana dia sepatutnya berada tahun depan selepas dilihat menampilkan aksi terbaik bersama Gresini Racing.
Pelumba Sepanyol itu membuat keputusan meninggalkan pasukan Honda musim lalu dan menyertai Gresini tahun ini dengan perjanjian untuk setahun.
“Saya membuka pintu kepada semua pasukan dan saya menjangkakan pasaran mengenai senarai pelumba akan menjadi lebih menarik.
“Apapun, saya yakin ia akan mengambil lebih banyak masa untuk menandatangani kontrak baharu.
“Setiap pengeluar telah menandatangani pelumba terbaik seperti Ducati mereka telah mengambil Pecco (Fransesco Bagnaia), Yamaha juga telah mengikat kontrak mengambil Fabio (Quartararo) dan seterusnya ialah Aprilia.
“Mereka akan mengikat kontrak pelumba terbaik dan kemudian mereka akan menunggu penunggang kedua mereka. Jadi, saya hanya melakukan terbaik musim ini kerana jika anda pantas dalam perlumbaan, lebih banyak pintu tersedia. Ini adalah sasaran saya,” kata Marquez.
Tidak seperti musim lalu apabila Marquez memutuskan dia perlu meninggalkan Honda untuk jentera yang lebih kompetitif, dia kini mendapati dirinya berada di atas jentera yang mampu memberikan peluang bersaing di kelompok hadapan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... uka-terima-tawaran/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|