View: 1244|Reply: 0
|
[Johor]
Pesara guru rugi hampir RM250,000 ditipu iklan pembersihan
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Pesara guru wanita terpaksa berputih mata apabila kerugian hampir RM250,000 selepas menjadi mangsa penipuan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud, pertengahan bulan ini.
Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 59 tahun melihat iklan melakukan kerja pembersihan di laman sosial, Facebook sebelum berminat untuk mendapatkan khidmat terbabit.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mangsa kemudian berurusan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp denganmenekan pautan diberikan suspek.
Beliau berkata, mangsa dikehendaki mengisi pautan diberikan yang mana ia sebagai prosedur untuk membolehkan permohonan diproses dan pembayaran kepada tukang cuci ditawarkan.
"Tanpa meragui tawaran diberikan suspek, mangsa diminta memasuki butiran peribadi dan maklumat perbankan namun wanita itu mendapati proses pembayaran gagal kerana pautan itu bermasalah.
"Tidak lama selepas itu, mangsa dihubungi pihak bank memaklumkan terdapat pemindahan wang berjumlah RM249,682 secara berperingkat tanpa disedari mangsa.
"Mangsa berasa tertipu lalu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997.
"Kes seumpama ini bukanlah perkara baru namun masih ada mangsa terjebak dengan tawaran tanpa membuat usul periksa.
"Justeru, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran diberikan sama ada melalui media sosial atau sebagainya." katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-iklan-pembersihan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|