View: 1112|Reply: 0
|
Martin juara perlumbaan pecut GP Sepanyol
[Copy link]
|
|
MARTIN berjaya mempamerkan tunggangan mantap. FOTO AFP
Jerez: Jorge Martin melebarkan penguasaan dalam kedudukan MotoGP apabila dia memenangi perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Sepanyol di Jerez selepas Marc Marquez terbabas ketika mendahului lewat perlumbaan.
Pelumba remaja, Pedro Acosta muncul naib juara untuk menduduki tempat kedua dalam persaingan kejuaraan, manakala bekas juara dunia Fabio Quartararo meraih kedudukan ketiga, tatkala sembilan pelumba gagal menamatkan perlumbaan.
Marquez, yang meraih petak utama pertama sejak menyertai Ducati Gresini dan Martin bermula di barisan hadapan, tetapi Brad Binder dari Afrika Selatan meluru dari barisan kedua untuk mendahului menerusi jentera KTM miliknya.
Martin dari Sepanyol, yang beraksi bersama Ducati-Pramac, memintas pada pusingan kedua dan menjarakkan diri daripada pertempuran huru-hara di belakangnya.
Di atas litar yang lembap selepas hujan di sebelah pagi, beberapa pelumba lain bergelut mengawal jentera.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-pecut-gp-sepanyol |
|
|
|
|
|
|
| |
|