View: 6980|Reply: 0
|
[Johor]
Banjir kilat: Tetamu pengantin makan dalam keadaan berendam kaki dalam air
[Copy link]
|
|
Banjir kilat melanda Kampung Plentong Baru di sini hingga menjejaskan kelancaran majlis perkahwinan hari ini. - Foto ihsan penduduk.
JOHOR BAHRU: Kelancaran majlis perkahwinan di Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru di sini terjejas apabila perkampungan berkenaan dilanda banjir kilat tengah hari tadi.
Pengerusi Komuniti Perpaduan dan Keselamatan Kampung Plentong Baru, Kamal Hashim berkata, kejadian berkenaan mengakibatkan sebahagian tetamu terpaksa menjamu selera dalam keadaan kaki berendam air.
Beliau berkata, kejadian berlaku selepas hujan lebat lebih dua jam melanda perkampungan berusia kira-kira 50 tahun itu.
"Dalam kejadian berkenaan, hampir 10 rumah daripada 600 rumah terjejas termasuk laluan yang dipasang khemah bagi majlis perkahwinan berkenaan.
"Air naik sehingga paras lutut dan kebetulan ketika itu jamuan majlis perkahwinan sedang berlangsung.
"Bagaimanapun kami bersyukur kerana dalam tempoh kira-kira dua jam, air mula surut dan semakin ramai tetamu yang hadir," katanya.
Kamal Hashim berkata, masalah banjir kilat di kawasan berkenaan berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu dipercayai berpunca daripada sistem saliran.
Justeru, beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan sesuai bagi mengatasi permasalahan berkenaan.
"Tidak perlu menunggu musim banjir atau tengkujuh , jika hujan lebat sahaja dan taburan hujan yang banyak, pasti kawasan ini akan naik air.
"Diharap permasalahan ini diberi tumpuan dan diatasi demi keselesaan dan keselamatan penduduk," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... adaan-berendam-kaki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|