CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6553|Reply: 0

Verstappen rampas petak utama GP Miami

[Copy link]
Post time 5-5-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Pemandu Red Bull, Max Verstappen (kanan) menerima trofi petak utama selepas mengungguli sesi kelayakan Grand Prix Miami di Autodrome Antarabangsa Miami, Florida pagi tadi. – Foto AFP

MIAMI GARDENS, Amerika Syarikat: Pemandu Red Bull, Max Verstappen meneruskan dominasinya dalam Formula Satu, menyambar petak utama bagi perlumbaan Grand Prix Miami pagi esok selepas terdahulu memenangi perlumbaan pecut awal pagi tadi.

Juara dunia itu yang turut mendahului kejuaraan pemandu selepas menang empat daripada lima perlumbaan Grand Prix setakat ini musim ini, meraih petak utama ketujuh berturut-turut dengan satu lagi pemanduan dominan.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc, yang mencatat pusingan terpantas 0.141 saat di belakang Verstappen, akan bermula di petak kedua dengan rakan sepasukannya Carlos Sainz di petak ketiga manakala rakan sepasukan Verstappen di Red Bull, Sergio Perez keempat.

Juara dunia tiga kali Verstappen menang kedua-dua perlumbaan Grand Prix Miami sebelum ini tetapi tidak pernah bermula di petak utama dan dia menyatakan pusingan kelayakan tetap berliku.

"Setiap tahun kami datang ke sini, saya mendapati ia terlalu sukar untuk bertindak konsisten dengan ragam kereta dan tayar mengharungi satu pusingan," katanya.


Pemandu Red Bull, Max Verstappen ketika sesi kelayakan Grand Prix Miami di Autodrome Antarabangsa Miami, Florida pagi tadi. – Foto REUTERS

"Ia bukannya satu pusingan yang paling seronok dalam karier saya hanya kerana ia terlalu licin. Anda tidak terlalu yakin ketika pusingan tetapi kami berada di petak utama dan sudah tentu ia perkara paling penting."

Leclerc berkata, terlalu sukar untuk menangani tayar, dengan masalah terlalu panas, tetapi berkata persembahannya dalam perlumbaan pecut memberikan harapan.

"Itulah sebabnya kami kehilangan dari segi catatan masa, bagaimanapun perlumbaan esok panjang, kami mempamerkan rentak yang bagus pagi ini (dalam perlumbaan pecut) dan saya harap kami boleh mencetus tekanan kepada Max," katanya.

Terdahulu, Verstappen mudah memenangi perlumbaan pecut, berakhir 3.3 saat di depan Leclerc.

Pemandu dari Belanda itu mendahului sejak mula dan tidak pernah dicabar selepas pusingan pertama yang kelam-kabut.

Rakan sepasukan Verstappen, Perez di tangga ketiga ketika juara dunia itu menyuntik mata tambahan buat pasukannya. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... etak-utama-gp-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.252290 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list