CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2631|Reply: 0

[Perak] Sogokan RM1.6 juta: Peguam direman 4 hari

[Copy link]
Post time 9-5-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Ipoh: Seorang peguam direman empat hari bagi membantu siasatan kes sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus di lokap mahkamah, Wisma Wan Mohamed, di sini, hari ini, selepas mendapat permohonan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 30-an itu direman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, media melaporkan SPRM Perak menahan seorang peguam yang dipercayai menerima sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.


Difahamkan, wang sogokan itu sebagai dorongan membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan usahawan terbabit.

Peguam itu ditahan selepas menerima wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua keping cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... guam-direman-4-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051305 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list