View: 4723|Reply: 0
|
Martin paling pantas, Marquez tertinggal jauh
[Copy link]
|
|
JORGE Martin. FOTO Agensi
Le Mans: Pendahulu kejuaraan MotoGP, Jorge Martin melakar masa terpantas dalam ujian masa menjelang saingan MotoGp Perancis sekali gus memberi amaran buat pencabar lain bahawa dirinya bersedia menguasai perlumbaan itu.
Nasib berbeza dialami seteru utama, Marc Marquez yang juga bekas juara dunia enam kali itu sekadar menamatkan saingan di luar kelompok 10 terbaik sebelum mengharungi sesi pusingan kelayakan masa hari ini.
Martin yang menunggang jentera Ducati-Pramac mencatat masa 1 minit 30.388 saat, dengan juara bertahan dua kali dari Itali, Francesco Bagnaia di tempat kedua dengan ketinggalan 0.145 saat di belakang Martin.
Pelumba muda Sepanyol, Pedro Acosta, 19, dari pasukan GasGas Tech3 berada di tempat ketiga terpantas diikuti rakan senegara Maverick Vinales (Aprilia) dan Fabio Di Giannantonio dari Itali (Ducati-VR46).
Marquez, 31, yang gagal menempatkan diri di kelompok atasan akui jentera tidak berada di tahap terbaik.
"Ujian sesi pada hari ini serba tidak menjadi buat saya dan pasukan," kata Marquez yang diletakkan pilihan utama untuk menjuarai siangan itu.
"Banyak yang perlu diperbaiki terutamanya jentera. Kami sudah mengenal pasti kelemahan dan akan mengatasinya segera sebelum turun pada hari perlumbaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uez-tertinggal-jauh |
|
|
|
|
|
|
| |
|