View: 4077|Reply: 1
|
MotoGP: Marquez belum sampai kemuncak
[Copy link]
|
|
MARQUEZ dianggap pencabar kejuaraan dunia musim ini selepas berada di kedudukan ketiga keseluruhan ketika ini. - AFP
LE MANS – Selepas lima pusingan mengemudi jentera Ducati, Marc Marquez telah berjaya meletakkan namanya di podium sebanyak dua kali dan menjuarai tiga perlumbaan sprint di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Podium terbaharunya adalah di Grand Prix (GP) Perancis apabila Marquez berjaya menamatkan perlumbaan di tangga kedua selepas hanya dipisahkan 0.446 saat dengan pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin yang menjuarai perlumbaan tersebut di Litar Le Mans.
Aksi luar biasa yang dipamerkan Marquez berjaya mendapat perhatian juara dua kali MotoGP, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia dan menyebut bahawa bekas pelumba Honda itu adalah pesaing utama yang bakal memberi tentang pada perebutan gelaran dunia musim ini.
Bagaimanapun, Marquez merasakan dia belum lagi ‘tiba’ ke tahap itu untuk memburu gelaran dunia semula yang kali terakhrinya dicapainya pada 2019 sewaktu bersama pasukan Honda.
“Saya hanya menikmati perlumbaan ini dan anda boleh lihat muka saya. Saya bermula di petak ke-13 dan saya tidak panik dengan situasi tersebut. Kami tahu bahawa untuk berjuang memburu kejuaraan dunia anda perlu berada pada tahap terbaik seperti Martin dan Pecco.
“Mereka semua sudah mempunyai pengalaman. contohnya hujung minggu ini kami memilih arah yang salah dengan pelarasan jentera. Jadi, kami telah belajar sesuatu di sana.
“Tetapi, saya sangat gembira untuk bertarung dengan dua pelumba terbaik dalam Ducati ketika ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... um-sampai-kemuncak/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|