View: 7007|Reply: 1
|
Marquez beri bayangan sedia tinggalkan Ducati
[Copy link]
|
|
MARC Marquez. FOTO AFP
Madrid: Marc Marquez mencetuskan persoalan kemungkinan dia bersedia untuk meninggalkan Ducati tahun depan.
Keinginan Marquez untuk menunggang jentera pengeluar pada tahun 2025 boleh menyebabkannya menerima tawaran dari pasukan pengeluar selain Ducati.
KTM pastinya sedang memerhatikan masa depan Marquez dan dan dilihat destinasi paling sesuai untuk pelumba Sepanyol itu sekiranya dia meninggalkan Ducati.
"Apabila saya memilih untuk datang ke Ducati, saya tahu ia adalah jentera yang paling kuat," kata Marquez kepada Sky Italia.
"Saya mahu melihat apa yang saya masih mampu lakukan. Sebab saya bersifat kompetitif dan tahun depan saya mahu memiliki jentera terkini untuk berjuang dalam kejuaraan dunia.
"Tidak kira warna atau jenama. Saya sudah mempunyai matlamat yang jelas," katanya lagi.
Pasukan pengeluar Ducati adalah sasaran utama Marquez untuk musim MotoGP 2025.
Namun dia bakal bersaing dengan dua lagi pelumba iaitu Enea Bastianini serta Jorge Martin untuk menjadi rakan sepasukan, Pecco Bagnaia tahun depan.
Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall'Igna sebelum ini berkata, keputusan akhir mengenai pelumba kedua itu akan diputuskan dalam tempoh bebeapa minggu akan datang.
Namun komen Marquez selepas meraih podium kedua di Le Mans itu seakan memberi bayangan dia mempunyai pilihan pasukan lain pada tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-tinggalkan-ducati |
|
|
|
|
|
|
| |
|