CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6364|Reply: 0

[Johor] Pemilik kedai runcit tak mengaku paksa pelajar oral seks

[Copy link]
Post time 19-5-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh Muhammad Tarmizi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas didakwa amang seksual pelajar. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pemilik kedai runcit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas pelajar lelaki di dua lokasi berasingan dekat Kluang, November tahun lalu dan awal tahun ini.

Muhammad Tarmizi Omar, 31, yang berhadapan dua pertuduhan membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah kereta yang di parkir berdekatan tangki air sebuah tanah rancangan di Kluang pada November tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengulangi perkara itu ke atas mangsa sama dalam kedai runcit miliknya pada Januari lalu.


Untuk kedua-dua pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Hukumannya ialah tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh membawa mangsa menaiki keretanya sebelum berhenti di sebuah lokasi berdekatan tangki air.

Mangsa dipaksa melakukan oral seks dengan kejadian kedua berulang di belakang kedai tertuduh namun remaja itu merahsiakan perkara berkenaan daripada pengetahuan keluarga.

Sehinggalah pada 11 Mei lalu, mangsa sekali lagi bertandang ke kedainya dan tertuduh sekali lagi mengganggunya.

Tidak tahan dengan perbuatan tertuduh, mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakan yang kemudiannya menasihatkan supaya memberitahu bapanya.

Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Gajah pada 13 Mei lalu dan tertuduh ditahan pada hari sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh diwakili Salmi Hamdan Sabran dan Nur Hazimah Abdul Karim.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan menetapkan dua syarat iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak berkomunikasi atau mengganggu mangsa, ahli keluarga dan juga saksi sehingga kes selesai.

Kes ini disebut semula pada 24 Jun ini untuk serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-pelajar-oral-seks

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.154375 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list