|
MIKAEL Damien Qaizer menyambut ulang tahun kesembilan, hari ini. FOTO Ihsan Nasarudin Md Nasir
Port Dickson: "Saya merayu, dengan rendah diri mohonlah pada sesiapa yang sudi menghadiahkan sepotong kek buat anak saya sempena hari lahirnya ke sembilan hari ini.
"Tolong ceriakan anak yatim ini kerana saya tidak mampu hadiahkan serta belikan sepotong kek kerana saya sakit, ada masalah kewangan,"
Itu permintaan bapa tunggal, Nasarudin Md Nasir, 52, dari Taman Desa, Rantau di sini, yang sedih kerana tidak mampu membelikan kek jauh sekali mengadakan sambutan sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Mikael Damien Qaizer.
Nasarudin berkata, dia sudah dua bulan tidak bekerja kerana masalah kesihatan akibat masalah buah pinggang kiri mengecil jadi memang hidup dalam kesempitan.
Menurutnya, ada ketikanya, dia dan dua anaknya termasuk yang bongsu, Mikael Danish Qaizer, 7, terpaksa mengikat perut kerana ketiadaan wang.
"Kehidupan kami banyak berubah selepas isteri (Zudairulwati Jaafar) meninggal dunia pada 2 Januari lalu akibat barah paru-paru.
"Saya pula jadi begini dan bukan tak nak bekerja cuma buat masa ini keadaan kesihatan memang tak mengizinkan.
"Kami tiga beranak hidup dengan apa adanya di rumah sewa dan kalau bukan kerana anak, saya tak akan minta bantuan.
"Mengenangkan hari ini ulang tahun kelahirannya, saya harap pada sesiapa yang sudi menghulurkan seikhlas sedekah demi tunaikan hajat anak saya untuk dapatkan sepotong kek," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Nasarudin berkata, dia berterima kasih kepada yang sudi menyumbang dan berdoa semoga Allah SWT memberi ganjaran setimpal.
"Saya tak mampu nak balas tapi berdoa semoga Allah SWT limpahkan rezeki kepada anda semua.
"Bantulah saya gembirakan anak sempena ulang tahun kelahirannya kerana sampai ke hari ini, dia dan adiknya masih terkenangkan ibu mereka yang sudah tiada," katanya yang kini bertahan dengan ubat tahan sakit dan disyorkan menjalani rawatan dialisis namun belum lakukannya kerana ketiadaan wang.
Orang ramai yang berhasrat membantu Nasarudin boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 164294278295 atas nama Nasarudin Md Nasir atau menghubunginya di talian 011-18782672.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... otong-kek-buat-anak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|