CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11251|Reply: 39

[Tempatan] TERKINI: Serangan Balai Polis Dato Keramat: Lelaki ditahan ketika cuba rampas submesingan di Balai Polis Dato Keramat. Polis Pulau Pinang tingkat kawalan.

[Copy link]
Post time 19-5-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 19-5-2024 07:56 PM

TERKINI: Lelaki ditahan ketika cuba rampas submesingan di Balai Polis Dato Keramat

Oleh Zuhainy Zulkiffli
[email protected]

Mei 19, 2024 @ 2:54pm


Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang


GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan ketika cuba merampas submesingan jenis HK MP5 daripada anggota polis yang bertugas di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi.

Suspek berusia 35 tahun dikatakan menunggang sebuah motosikal, menghampiri anggota yang sedang menjalankan tugas di pintu pagar balai berkenaan pada jam 4 pagi sebelum meminta anggota membuka laluan masuk itu.

Ketika anggota berkenaan meminta suspek menyatakan tujuan ke balai, suspek tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota berkenaan selain menceroboh masuk perkarangan balai berkenaan.

Sebaik memasuki pekarangan balai, suspek cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota berkenaan namun gagal.

Susulan itu, anggota berkenaan cuba menenangkan suspek termasuk memberi amaran supaya tidak mengulangi tindakannya, tetapi suspek secara tiba-tiba membuka topi keledarnya dan menyerang anggota tersebut.

Bagaimanapun, tindakan suspek gagal selepas anggota berkenaan yang dibantu rakan setugas berjaya menahannya.

Susulan pergelutan yang berlaku, suspek mengalami kecederaan di muka dan tangan ketika anggota melakukan tangkapan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut sumber, suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian tetapi saringan ujian air kencing didapati negatif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu.

Susulan tangkapan itu, suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan.


https://www.bharian.com.my/berit ... ngan-di-balai-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal semua nk serang balai polis ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 04:28 PM | Show all posts
Lelaki serang anggota polis Balai Dato Keramat diberkas


Oleh KOSMO!


19 Mei 2024, 2:04 pm



Balai Polis Dato' Keramat, Timur Laut, Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Tindakan pantas polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai cuba menyerang seorang anggota di Balai Polis Dato Keramat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia 35 tahun itu dikatakan datang ke balai dengan menunggang sebuah motosikal

Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek ada mengalami kecederaan ringan semasa tangkapan dilakukan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

“Suspek telah direman selama empat mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Kosmo! difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media sebaik fakta lengkap diperoleh. -KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05/19/lelaki-serang-anggota-polis-balai-dato-keramat-diberkas/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 04:30 PM | Show all posts


  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 04:37 PM | Show all posts
UTAMA

Polis tahan lelaki mabuk cuba rampas submesingun

Oleh Malinda Abdul Malik - 19 May 2024



Balai Polis Dato Keramat.


GEORGE TOWN –  Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai berada dalam pengaruh alkohol selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota di Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi.

Suspek berusia 35 tahun itu menunggang sebuah motosikal itu dikatakan menghampiri anggota sentri yang sedang menjalankan tugas di pintu pagar balai berkenaan pada jam 4 pagi sebelum meminta anggota membuka pintu pagar tersebut.

Difahamkan anggota berkenaan minta suspek menyatakan tujuan ke balai sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota tersebut, selain menceroboh masuk pekarangan balai berkenaan.

Sebaik memasuki pekarangan balai, suspek cuba merampas submesingan jenis HK MP5 dalam milikan anggota berkenaan namun berjaya dihalang anggota terbabit.

Susulan itu, anggota berkenaan cuba menenangkan suspek termasuk memberi amaran agar tidak mengulangi perbuatannya, tetapi suspek bertindak membuka topi keledarnya dan menyerang anggota tersebut.

Bagaimanapun, tindakan suspek gagal selepas anggota tersebut yang dibantu rakan setugas berjaya menahan suspek.

Difahamkan, suspek yang mempunyai empat rekod lampau itu mengalami kecederaan pada muka dan tangan selepas bergelut ketika anggota melakukan tangkapan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi MalaysiaGazette memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden itu. – MalaysiaGazette


https://malaysiagazette.com/2024 ... rampas-submesingun/
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg aku gentar ...semalam ke SSI utk saksikan jdt lawan nogori yg berkesudahan 3-1...initially aku feel so safe sebab aku perhatikan ramai pegawai keselamatan lebih dari biasa jumlahnya dikerah bertugas...termasuk JMF...JOHOR MILITARY FORCES ....tapi as the game went on...aku perhatikan the JMF agak close dgn seats penonton....holding intact to their sub mesingan(I think ler) tetiber aku rasa takut what if ada dikalangan penonton datang sawan  rampas the senjata dari anggota JMF disitubdan buat spray rambang tembakan...tak niaya ke? Yeler aku khen belum kawen...sebaik first half...aku balik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana² individu yg banyak naw rekod jenayah lampau tu.... disyorkan campak dalam hutan simpan, biar dia lost direction takleh kuar.
Setidak²nya boleh berkurang orang jenis camni dan pada masa sama juga dapat memberi sumber makanan dan inspirasi kepada rimau.
Inspirasi tidak perlu merayau jauh kacau kampong² orang asli.

Dan menjimatkan perbelanjaan penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2024 04:59 PM | Show all posts
Serangan Balai Polis Dato Keramat: Suspek cuba rampas submesingan

Oleh KOSMO!

19 Mei 2024, 4:03 pm



Balai Polis Dato Keramat, Timur Laut, Pulau Pinang


GEORGE TOWN- Suspek yang bertindak menyerang anggota polis sentri di Balai Polis Dato Keramat di sini, awal pagi tadi dikatakan cuba merampas senjata itu daripada milikan mangsa terbabit.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi, suspek lelaki tempatan disyaki mabuk itu dikatakan bertindak sedemikian selepas dia berang tidak dibenarkan masuk ke pekarangan balai berkenaan tanpa tujuan.

Senjata Heckler & Koch Machinenpistole 5 atau lebih dikenali sebagai HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pihak berkuasa seperti polis dan tentera di seluruh dunia termasuk di negara ini.

Difahamkan, satu siaran media oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkaitan rampasan senjata api di Balai Polis Dato Keramat akan di keluarkan dalam tempoh terdekat.-KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... rampas-submesingan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk? Sah-sah bukan teroris...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan kot. Gitu iols husnuzon
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
JI lagi ke? So pasni balai kene berjaga2 lah sbb deyols decide nak rompak senjata di balai. Takda duit nak beli senjata, rompak je jalannya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa ni berturut2 pulak kejadian ancaman ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia MABUK daaaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilalah ...nk bunuh org melayu..g la israhell  sana..ganggu gugat keamanan negara betullahhh..org nk cari duit kos hidup tinggi,korang dh salah hala tujuuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau J.I kita boleh kutuk melayu and Islam. Tapi ni pelakunye India or hindu boleh kutuk tak?

Ke sebab mabuk jadi tidak apa saja lah. Case close.

I personally rasa memang intelligence kita tengah weak. Kes zayn rayyan pun tak dapat selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 19-5-2024 10:12 AM
Kalau J.I kita boleh kutuk melayu and Islam. Tapi ni pelakunye India or hindu boleh kutuk tak?

Ke  ...

Takda pun yang kutuk Melayu, kutuk Islam dalam thread kes JI tu. Kutuk Ndon ada la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 19-5-2024 06:17 PM
Takda pun yang kutuk Melayu, kutuk Islam dalam thread kes JI tu. Kutuk Ndon ada la.

Yeker. Chezy rabun kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 19-5-2024 10:21 AM
Yeker. Chezy rabun kot.

Tak. Aiols am sure apa aiols lihat idok salah. Tak tau la kalau kutuk Ndon tu sama dengan kutuk Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 19-5-2024 10:21 AM
Yeker. Chezy rabun kot.

Nah link huntok rujukan. Akak Slave macam tak aktif je kat thread ni.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... age=12&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 07:01 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 19-5-2024 04:43 PM
Ini yg aku gentar ...semalam ke SSI utk saksikan jdt lawan nogori yg berkesudahan 3-1...initially ak ...

memang game2 sebelum ni dorang semua sentiasa bersenjata siap sedia ke? kalau bukan kes serang balai, dorang expect apa2 yang tengah berlaku dalam "dunia" dorang kot?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.425472 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list