CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8161|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penduduk tuntut mendapan jalan di Taman Sri Kamban dibaiki segera

[Copy link]
Post time 19-5-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Taman Sri Kamban melahirkan kebimbangan mengenai situasi keretakan dan mendapan jalan di laluan masuk ke kawasan perumahan itu yang berlarutan sejak lapan bulan lalu. FOTO Ihsan P Gunasekaran

Seremban: Penduduk Taman Sri Kamban, di sini, melahirkan kebimbangan mengenai situasi keretakan dan mendapan jalan di laluan masuk ke kawasan perumahan itu yang berlarutan sejak lapan bulan lalu.

Mereka mendakwa masalah berkenaan semakin teruk dan mengancam keselamatan penduduk yang mana kini keretakan dan mendapan jalan sudah mencecah kedalaman 0.6 meter dan panjang 50 meter.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Kamban, Cheok Chong Yiu, 55, berkata, keadaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan tanah runtuh sekali gus menimbulkan risiko kepada penduduk yang tinggal di 270 unit rumah di kawasan terbabit.

"Kami sudah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sejak Ogos tahun lalu, namun kami mendapati tiada tindakan awal diambil daripada pihak berwajib.


"Pada mulanya keadaan retak ini hanya sedikit, namun kini semakin teruk lebih-lebih dengan keadaan hujan tidak menentu ketika ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Chong Yiu berkata, selaku ketua masyarakat setempat, dia rasa bersalah kerana menerima aduan setiap hari daripada penduduk menerusi WhatsApp.

"Saya sendiri tidak dapat beri jawapan atau jaminan mengenai situasi keretakan jalan yang berlaku.

"Kami bukan pihak yang ada kuasa, tetapi kalau boleh saya minta pihak terbabit untuk selesaikan isu ini segera sebelum ada nyawa terkorban," katanya.

Penduduk, Soo Tiang Soi, 60, berkata, jarak mendapan dengan beberapa rumah sangat dekat.

"Kawasan mendapan ini adalah laluan utama kepada kira-kira 3,000 penduduk dan kini ia sudah ditutup demi keselamatan," katanya.

Tinjauan di lokasi mendapati MBS melakukan kerja pembaikan jalan bermula jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P Gunasekaran berkata, aduan mengenai masalah itu sudah dipanjangkan kepada MBS sejak Disember lalu.

"Hasil perbincangan awal, pihak berkenaan memaklumkan bahawa struktur tanah masih kuat dan kerja pembaikan seperti mengorek tanah serta meletakkan batu baur dilaksanakan pada hari ini.

"Tindakan jangka panjang pula akan menyusul selepas ini bagi mengelakkan keadaan tidak diingini berlaku susulan situasi mendapan yang semakin teruk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mban-dibaiki-segera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046964 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list