View: 9248|Reply: 0
|
[Johor]
Johor semak status madrasah dalam kawasan kediaman keluarga suspek
[Copy link]
|
|
MOHD Fared ketika ditemui pemberita selepas hadir mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. FOTO BERNAMA
Iskandar Puteri: Kerajaan Johor akan menyemak status sebuah madrasah di kawasan kediaman keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, sebelum mengambil sebarang tindakan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata beliau perlu mendapatkan laporan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi memastikan fakta tepat dapat diberikan.
"Saya harus berhati-hati bila bercakap (isu ini). Beri saya peluang buat semakan terutama kepada status madrasah berkenaan," katanya di sidang media di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.
Mohd Fared ditanya berhubung status madrasah susulan tinjauan media di lokasi berkenaan selepas serangan berdarah itu kelmarin mendapati bangunan madrasah yang pernah diharamkan itu masih wujud.
Madrasah itu terletak di dalam tanah persendirian kediaman keluarga suspek yang berpagar. Terdapat papan tanda yang memaparkan kawasan itu tanah persendirian dan orang awam dilarang memasukinya.
Madrasah itu didakwa pernah menjadi 'medan usrah' ahli kumpulan militan sekitar tahun 1996 dan 1997.
Dalam pada itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah menegaskan hanya terdapat empat madrasah di Ulu Tiram.
"Mengikut rekod, hanya dua madrasah berdaftar iaitu Madrasah Abu Ayubb Al Ansari dan Maahad Tahfiz Riyadhus Solihin.
"Manakala dua lagi madrasah di Ulu Tiram dikesan belum memperbaharui pendaftaran membabitkan Maahad Tahfiz Ar Rayyan dan Madrasah Al Quran Al Irsyad Sungai Tiram," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... man-keluarga-suspek |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|