CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3038|Reply: 2

65 murid SK Bandar Puteri Jaya keracunan selepas makan kuetiau sup

[Copy link]
Post time 21-5-2024 12:05 AM | Show all posts |Read mode




SUNGAI PETANI – Kira-kira 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya, di sini menerima rawatan selepas disyaki mengalami keracunan makanan, hari ini.


Kesemua murid tahun empat hingga enam itu dikatakan mengalami gejala sakit perut, muntah dan cirit-birit selepas makan kuetiau sup di kantin sekolah.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Zubir Othman berkata, ramai murid mula menunjukkan simptom keracunan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.


“Pihak sekolah menyediakan bilik darjah untuk dijadikan lokasi rawatan awal oleh kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, manakala tujuh murid dirawat di Zon Kuning HSAH dilaporkan stabil,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, kantin sekolah itu diarah tutup sementara selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik2 la hendaknya.moga tak ada kehilangan nyawa.selalunya pesakit keracunan makanan meninggal sebab dihidrasi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat punya pengusaha kantin. Kalau aku mak pak bebudak tu, aku cari sekor2 pekerja kantin tu. Lumat aku kerjakan. Mmg Well known lah masalah ni. Pengusaha kantin semuanya pengotor. Yelah, bayar dpt ciput (pada dia la). Panggil bebudak tu semua, ramai2 cirit Kat nuka makcik kantin tu. Baru ada akai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.065474 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list