CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8114|Reply: 17

[Tempatan] Perangai hodoh Sanusi yang membosankan!!

[Copy link]
Post time 21-5-2024 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 17-7-2024 03:45 PM

KUALA LUMPUR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya bersyukur kerana Kerajaan Pusat telah melulus RM5 bilion untuk pengupayaan sistem tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan menaik taraf infrastruktur penanaman padi.


Tapi tidak, ia bagai melepaskan anjing tersepit.


Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini menunjukkan profesional Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi meluluskan peruntukan buat Kedah walaupun ditohmah dan dimaki oleh Sanusi.


“Sanusi sedar, dia sekarang sangat ‘Fragile’, isu pelaburan KXP 2.5 billion masih tak dapat dapat. Kononnya masih tak dapat selesaikan isu SPV. Syarikat Cosec apa dia guna ni? Lambat betul. Belum lagi pelabur pelabur lain lari.


“Dan atas sebab itu lah Sanusi bankrap idea, akhirnya guna lah konsep 5R pada tempat yang salah, kitar semula isu isu lama untuk terus relevan. Dan lebih penting untuk buat orang lupa isu sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Shaiful Hazizy menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai seorang yang membosankan kerana  tidak habis-habis membangkitkan apa sahaja isu yang menyalahkan Kerajaan Pusat .


“Tidak salah kalau hendak buat proses semak dan imbang, tapi yang dia buat proses sembang.


“Baru baru ini dia kembali semula dengan isu lapuk kata kerajaan negeri rugi ratusan juta kerana terpaksa menyimpan tanah tanah tanaman padi yang sepatutnya boleh dikomersialkan. Ini lah namanya pemikiran hendak mudah sahaja.


“Dia sebenarnya boleh sahaja untuk mengkomersialkan lagi padi tersebut, tetapi apa yang terjadi, hendak tukar ke tanah komersial. Ada dia fikir apa nasib petani petani dan pesawah pesawah? Tidak.


“Rakyat tidak lupa. Rakyat Kedah masih menanti dengan segala janji janji manis Sanusi yang kini semakin menjadi pahit hempedu. Segala segala mimpi bulan dan bintang Sanusi tawarkan, kini jadi mimpi ngeri sahaja.


“Akhirnya, semetelah Sanusi gagal menjual mimpi, Sanusi muncul dengan strategi baru dengan tagih simpati, konon kerajaan negeri ditindas dan dipaksa miskin. Kesian,” katanya. – MalaysiaGazette


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 23 Users voted

Count down: 2817 Days13 Hours58 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 09:32 AM | Show all posts
Modal dia kutuk PM and the gang, announce project project mega (sembang) cari duit dgn tebang balak, jual REE, kutip cukai.. itu jer.
So tak heran lah bila dah tak ada duit, buat muka kesian mintak ehsan dapat duit bantuan free.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:05 PM | Show all posts
Ye la dia kena la jual mimpi kalau tak macamana dia nak stay relevant, gaji MB Kedah besar kut sampai dia boleh kata dia boleh ja beli reta RM400k sampai dua kalau guna duit sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:48 PM | Show all posts
perangai pemimpin PAS hanya pandai minta duit je...perangai pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:17 PM | Show all posts
syukur zmn Madani pmx tak berkira..zaman Mahafiraun dulu kalau MB buat pangai Nusibat ni suka suki maki kajaan,mamposlah negeri ko jadi anak tiri kena pulau dgn federal,sesen tak dapat peruntukan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 07:20 AM | Show all posts
tripleid replied at 21-5-2024 01:17 PM
syukur zmn Madani pmx tak berkira..zaman Mahafiraun dulu kalau MB buat pangai Nusibat ni suka suki m ...

patut ler ramai porumer cari benci DSAI..

fitnah DSAI g*y dll...

sbb

walaupun negri pembangkang, DSAI tetap bantu

depa marah n benci sbb DSAI tolong negri pembangkang




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2024 07:48 AM | Show all posts
Alohaaaaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 07:52 AM | Show all posts
tripleid replied at 21-5-2024 01:17 PM
syukur zmn Madani pmx tak berkira..zaman Mahafiraun dulu kalau MB buat pangai Nusibat ni suka suki m ...

itu lah org tak nmpk
skrg ko kutuk,maki pm still boleh turun negeri kau

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 24-5-2024 07:48 AM
Alohaaaaaa!!!

Dengar dia pergi uk etc ye jumpa pelajar malaysia kat sana.  Buat apa ye? Saja nak jjcm tapi ckp official visit ke? Nanti dah kedah x de duit kata pmx pula yg saja miskinkan negeri kedah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 23-5-2024 05:03 PM

Itu la... Donia ini bolat.. Dahulu ko kutuk gomen lama seperti tidak cukop tanah..cuma cara saja lain... Kereta murah... Gas murah seperti venezuala.. Free education seperti negara finland and germany... Apa lagi?... Apabila jadi gomen baru ada akai apabila di critic
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 08:59 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 21-5-2024 12:48 PM
perangai pemimpin PAS hanya pandai minta duit je...perangai pengemis.

type-P .........
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 09:06 AM | Show all posts
aku memang tak boleh dengan sanusi ni, so kampung dot com. samseng kampung dusun. kalau orang kedah akan cakap, kami orang kedah memang cakap lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 10:01 AM | Show all posts
ntah la aku neh cuba gak nk sokong PN, malangnya ramai sangat bodo. korang kena buat check & balance kerajaan PH, mcm PH kacau sana sini dulu. ni modai fitnah, liwat, spin, planta, 47kes. boleh tak cari kelemahan PH dan serang. aku da mula susah hati kalau pembangkang bodo mcm ni, sok PH salah guna kuasa korang dok agama isle terancam, melayu terpinggir tak habis2
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 10:18 AM | Show all posts
mayaHD replied at 24-5-2024 10:01 AM
ntah la aku neh cuba gak nk sokong PN, malangnya ramai sangat bodo. korang kena buat check & balance ...

Ramai aje yg monitor & highlight gomen PMX punya kepincangan kat Youtube, Tiktok etc..Problem dia, benda2 camtu kena block/delete under MCMC. Pastu kena divert dgn isu2 lain smpi tenggelam isu PH ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 05:09 PM | Show all posts
bila bosan pegi follow cerita org yg bosan
mmgla bosan kali 2

tgk mcm aku
bila bosan je aku merepek
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Beselah..pemimpin Kedah dan Kelantan takda beza. Kutuk2 lepastu hadap duit. Projek tak jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 10:31 AM | Show all posts
bosan layan awek gelek2 kt tiktok laa cis cis cis faja sekali
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.224765 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list