CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5930|Reply: 0

[Selangor] Enggan sertai Geng 24, sekumpulan remaja cedera dipukul

[Copy link]
Post time 22-5-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Biro Aduan DAP Selangor, Lee Wen Bin bersama pelajar pada sidang media Biro Aduan DAPSY mengenai ahli kongsi gelap menganggu pelajar dan tercetus pergaduhan. FOTO ROHANIS SHUKRI

Kajang: Gara-gara menolak ajakan rakan untuk menjadi ahli kongsi gelap Geng 24, beberapa pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera akibat dibelasah sekumpulan samseng menggunakan kerusi plastik baru-baru ini.

Ketua Biro Aduan DAP Selangor, Lee Wen Bin berkata, kongsi gelap berkenaan dipercayai membabitkan ahli kumpulan yang terdiri dalam kalangan pelajar untuk merekrut rakan-rakan mereka di sekolah.

Menurutnya, pelajar yang menyertai kumpulan itu kononnya akan diberikan perlindungan oleh 'taiko' atau ketua kongsi gelap itu.

"Gangguan ini berlaku sejak Disember lalu membabitkan enam orang (mangsa) yang juga pelajar sebuah sekolah menengah berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun.

"Kongsi ini yang ahlinya juga terdiri daripada rakan-rakan sekolah mangsa mengugut untuk memukul mangsa selepas dikatakan 'langsi' kerana menolak untuk menyertai kumpulan itu, "katanya pada sidang media di Pejabat DAPSY Bandar Mahkota Cheras, di sini hari ini.

Hadir sama enam mangsa terdiri daripada pelajar sekolah menengah terbabit yang mendakwa menjadi mangsa ugutan dan diekori oleh ahli kumpulan samseng itu.

Salah seorang mendakwa berkata, ahli kongsi gelap berkenaan pernah menggertak untuk memukulnya jika terserempak dengan mangsa di mana-mana atau pada bila-bila masa malah ada yang menunggu mereka di luar sekolah.

Remaja itu mendakwa, ahli kongsi gelap berkenaan turut mengugut mereka menerusi platform media sosial untuk memaksa mereka menyertai kumpulan kongsi gelap itu.

Mengulas lanjut Wen Bin berkata, pihaknya mengesyaki pelajar terbabit direkrut untuk menjalankan aktiviti jenayah namun tidak dapat dipastikan motif sebenar kumpulan penjenayah itu.

"Kita tidak pasti untuk apa mungkin untuk judi dalam talian, mungkin untuk aktiviti jenayah lain, mungkin untuk tunjuk kuat apabila ramai kita tak dapat pastikan.

"Jadi saya minta pihak berkuasa ambil tindakan. Setakat ini saya difahamkan laporan sudah dibuat dan keterangan beberapa orang sudah diambil tetapi masih tiada tindakan susulan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... maja-cedera-dipukul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.197734 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list