CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7323|Reply: 2

Shah Rukh Khan rebah akibat strok haba

[Copy link]
Post time 23-5-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Shah Rukh Khan alami strok haba dan dehidrasi selepas menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL), kelmarin. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi, kelmarin sudah dibenarkan keluar, lapor India Today.

Sebelum ini, pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu berada Ahmedabad untuk menyaksikan perlawanan kriket, Indian Premier League (IPL) membabitkan pasukan Kolkata Knight Riders (KKR) dan Sunrisers Hyderabad (SRH) ditemani anaknya, Suhana dan Abram.

Selesai perlawanan, Shah Rukh Khan tiba di Narmada Hotel, namun keadaannya semakin teruk pada keesokan hari sebelum dikejarkan ke hospital.

Shah Rukh Khan diserang strok haba dan dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Ahmedabad apabila dilaporkan suhu menecah 45.2 darjah Celcius pada Selasa lalu dan 45.9 darjah Celcius pada keesokannya.


Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, Shah Rukh Khan dilapor sudah dibenarkan keluar dari hospital dan keadaannya kini stabil, selain dinasihati untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Sejak beberapa tahun lalu, Shah Rukh Khan pernah mengalami masalah kesihatan lain seperti kecederaan bahu dan retak di bahagian tulang ketika menjalani penggambaran. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/hibur ... h-akibat-strok-haba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 01:41 PM | Show all posts
bukan di India jer kepanasan,
even Msia pun sama bahang melampau.
bygkan org yg main kriket tu camne, kesian.
kot stadium trtutup mcm Tokyo Dome ada ekon xpe lg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan keluar rumah, duk dalam aircond jer lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.048653 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list