CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3851|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Bantu bapa saya di Makkah dapatkan pasport pulang ke Malaysia' - Ena

[Copy link]
Post time 28-5-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

ENA menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Nilai, Negeri Sembilan melibatkan sebuah agensi pelancongan yang memperdaya ibubapanya. FOTO ihsan pembaca

Putrajaya: Sepasang suami isteri yang terkandas di Makkah memohon bantuan selepas agensi pelancongan menguruskan perjalanan ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji menggunakan visa pelancong tidak memberikan kerjasama untuk mengembalikan pasport bagi membolehkan mereka pulang ke Malaysia.

Agensi terbabit yang mengendalikan pakej itu dikatakan ada hubung kait dengan kes tiga jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lalu.

Anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Ena, 33, berkata, bapanya berusia 60 tahun ke Makkah pada 2 Mei lalu menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Menurutnya, bapanya ada menghubunginya hari ini menyatakan agensi itu gagal menyediakan visa haji seperti dijanjikan dan ingin menarik diri kerana bimbang berdepan risiko ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.


Beliau yang bertugas sebagai penasihat undang-undang berkata, agensi terbabit mengenakan syarat supaya ibu bapanya menandatangani surat perakuan agar tidak mendedahkan perkara itu kepada awam termasuk berdepan saman sekiranya mendakwa ia dilakukan atas kelalaian pihak mereka.

Katanya, beliau turut menyediakan insuran kepada ibu bapanya dan tiket kereta api dari Madinah ke Makkah bagi memudahkan perjalanan mereka mengerjakan haji.

"Saya telah menasihatkan ibu bapa agar tidak menandatangani surat itu kerana ia berbaur ugutan dari agensi berkenaan untuk melepaskan diri daripada kesalahan dilakukan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ena berkata, beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Nilai, Negeri Sembilan, hari ini, dan meminta pihak berkuasa menyiasat agensi terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut memohon bantuan daripada Lembaga Tabung Haji agar dapat membantu mangsa yang berdepan masalah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Saya bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi maklumat mengenai agensi berkenaan bagi mengelak lebih ramai mangsa diperdaya pada masa depan," katanya.

Menurut sumber, selain pasangan suami isteri itu, terdapat 16 lagi bakal jemaah haji yang terkandas diuruskan agensi sama menggunakan pakej RM45,000 yang kini tinggal di sebuah hotel di Makkah.

Sabtu lalu, sepasang suami isteri berusia 50-an dari selatan tanah air dan seorang wanita berusia 40-an dari Sabah terkandas di KLIA selepas agensi itu dikatakan gagal menyediakan tiket pulang ke Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-ke-malaysia-ena
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.047749 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list