View: 5136|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penagih gigit lengan polis didenda RM2,000
[Copy link]
|
|
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini atas tuduhan menggigit lengan anggota polis dan memasukkan dadah ke dalam badan. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!
REMBAU – Seorang penagih dadah didenda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggigit lengan anggota polis yang sedang bertugas dalam kejadian di Rumah Rakyat Chembong bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Azli Kamarudin, 37, beralamat di Pedas, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret, Kartini Kasran.
Majistret turut menetapkan lima bulan penjara sekiranya tertuduh yang juga penganggur gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menghalang penjawat awam iaitu seorang anggota polis berpangkat Detektif Koperal dengan menggigit bawah lengan tangan kanan daripada menjalankan fungsi awamnya.
Dalam prosiding berasingan, Muhammad Azli turut mengaku bersalah atas dakwaan memasukkan dadah jenis Morphin dalam tubuh badannya.
Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 bagi kesalahan tersebut dan lapan bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, selain pengawasan polis selama dua tahun.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... lis-didenda-rm2000/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|