CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5412|Reply: 0

[Selangor] 2 penjenayah ditembak mati

[Copy link]
Post time 2-6-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

HULU SELANGOR: Polis menembak mati dua penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah Utara, Kilometer 396.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis Kontinjen Selangor menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.32 malam.

"Kejadian berlaku apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Petak mengekori sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila suspek menyedari diekori, mereka bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya PLUS arah Utara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, polis mengejar suspek sehingga ke Hentian Sebelah Tanjung Malim dan berjaya menghentikan kenderaannya.

"Semasa kejadian, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Polis kemudian membalas tembakan sehingga keadaan selamat," katanya.

Hussein berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek warga tempatan berusia 30-an dalam kereta berlumuran darah dan meninggal dunia.

"Semakan mendapati seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah dan enam masih dikehendaki polis, manakala identiti seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
https://www.bharian.com.my/berit ... nayah-ditembak-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039900 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list