CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7076|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Awas beli motosikal di media sosial

[Copy link]
Post time 2-6-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Seremban: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan sindiket pembelian motosikal dengan nombor pendaftaran pilihan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.

"Mangsa membuat tujuh pembayaran kepada individu tersebut sejak 24 hingga 28 Mei lepas dengan jumlah keseluruhan RM179,376 untuk pembelian tujuh unit motosikal berjenama Honda.

"Dia kemudian menyedari ditipu selepas tidak menerima motosikal yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian dengan harga rendah dan segera membuat semakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kal-di-media-sosial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054718 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list