View: 7018|Reply: 0
|
[Johor]
Sangka osteoporosis rupanya sel kanser merebak ke tulang
[Copy link]
|
|
MOHD Sharif dijaga isterinya, Ervina di Taman Desa Harmoni di Plentong di sini. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: "Dalam keadaan terlantar dan bergantung kepada bantuan oksigen pada setiap masa, saya masih rindu mahu ke dapur," kata tukang masak, Mohd Sharif Omar, 55.
Mohd Sharif berkata, dia tidak sangka simptom sakit kaki kiri dialaminya selama beberapa bulan adalah petanda menghidapi kanser paru-paru tahap empat.
Menurutnya, malah pada awalnya, doktor menjangka dia mengalami osteoporosis sebelum didiagnos kanser pada Mei tahun lalu.
"Saya gemar memasak dan selalunya ketika berniaga, isteri hanya membantu di dapur dengan menyediakan bahan memasak dan tugas saya adalah memasak kerana ramai yang menggemari air tangan saya.
"Sudah tujuh tahun saya menjual mi bandung Muar di sebuah gerai di pasar raya di Pandan, di sini, dan pelanggan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong Singapura.
"Saya juga aktif memancing, jadi saya tidak sangka diuji dengan kanser hingga akhirnya membataskan pergerakan.
"Malah sejak menamatkan kitaran kemoterapi keempat pada April lalu, saya mula terlantar dan hanya mengharapkan bantuan ahli keluarga untuk bergerak," katanya.
Mohd Sharif berkata, dia bersyukur kerana menerima penjagaan daripada teman hidup, Ervina Mahmod, 49.
Menurutnya, dia hilang punca pendapatan iaitu kira-kira RM2,000 sebulan apabila terpaksa berhenti berniaga dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM500 sebulan.
Katanya, dia bersyukur kerana kesemua anaknya berusia 21 hingga 29 tahun gigih berusaha bagi meringankan bebannya.
"Anak sulung yang sudah berumah tangga bekerja di Indah Water Konsortium (IWK) malah pada waktu malam dia bekerja sebagai pemandu e-hailing manakala anak kedua bekerja pejabat dan menjadi penghantar barang pada waktu malam. Anak bongsu juga penghantar makanan bekerja hingga larut malam.
"Ia demi membantu keluarga dan menampung perbelanjaan perubatan saya, sewa rumah, perbelanjaan dapur mahupun keperluan saya termasuk susu khas serta lampin pakai buang.
"Sekiranya mahu ke Hospital Sultan Ismail (HSI), saya perlu mendapatkan perkhidmatan ambulans swasta dan ia memakan kos.
"Doktor menyatakan saya mungkin perlu menjalani empat hingga enam rawatan kemoterapi lagi namun bergantung kepada keadaan kesihatan," katanya.
Mohd Sharif berkata, berikutan kerap mengalami masalah sesak nafas, dia juga terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen pada setiap masa.
"Saya bersyukur kerana ada yang meminjamkan mesin oksigen buat sementara kerana memahami keadaan keluarga.
"Saya terpaksa menggunakan dua jenis mesin oksigen termasuk elektrik dan tong oksigen mudah alih yang memakan kos pengisian semula kira-kira RM70 yang hanya mampu bertahan selama sehari.
"Saya adalah pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) namun masih gagal membuat sebarang tuntutan atas faktor kesihatan," katanya.
Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan kepada Mohd Sharif menerusi akaun CIMB miliknya 76232 77567.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-merebak-ke-tulang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|