CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3696|Reply: 0

[Johor] Pengarah urusan rugi RM520,000 ditipu 'Inspektor Lee Kha Seng'

[Copy link]
Post time 3-6-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta kerugian RM520,000 selepas ditipu 'pegawai polis' dikenali sebagai 'Inspektor Lee Kha Seng'.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun, semalam, berhubung insiden penyamaran talian (phone scam) itu.

"Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis daripada sebuah kontinjen di utara tanah air, awal Mei lalu.

"Suspek memberitahu bahawa kad mesin juruwang automatik (ATM) mangsa ditemui pada satu serbuan polis dan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.


"Talian kemudian disambungkan kepada seorang individu lain yang mendakwa dirinya pegawai polis bernama 'Inspektor Lee Kha Seng' yang kemudiannya menawarkan bantuan bagi mengelakkan akaun mangsa disekat dan wangnya disita.

"Mangsa dikehendaki memindahkan wangnya ke sebuah akaun bank yang diarahkan, sementara polis menjalankan siasatan," katanya pada kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, mangsa percaya panggilan itu dibuat pihak polis kerana nama dan nombor kad pengenalannya yang dibacakan suspek adalah tepat.



Ketua Polis Johor M Kumar. FOTO Bernama.

Katanya, mangsa turut menerima surat melalui aplikasi WhatsApp dengan kepala surat mahkamah yang menyatakan tindakan penyiasatan, penangkapan dan pembekuan aset akan diambil terhadapnya.

"Mangsa memindahkan RM520,000 seperti diarahkan sebelum menyedari ditipu selepas terus didesak untuk membuat pemindahan wang," katanya.

Kumar menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dalam urusan membabitkan transaksi kewangan.

"Gunakan perkhidmatan 'Semak Mule' yang disediakan secara dalam talian dan muat turun aplikasi 'Whoscall' bagi menyemak status akaun bank dan nombor telefon pemanggil sebelum meneruskan transaksi, sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

"Sekiranya menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pektor-lee-kha-seng

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.079939 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list