|
COLE Palmer menyempurnakan sepakan penalti untuk England. FOTO REUTERS
Newcastle: Cole Palmer menjaringkan gol pertama England menerusi sepakan penalti yang memberi inspirasi kepada kemenangan 3-0 ke atas Bosnia-Herzegovina pada perlawanan pemanas badan Euro 2024, awal pagi tadi.
Penyerang Chelsea itu yang tampil kali pertama dalam kesebelasan utama, menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua di St James Park, Newcastle.
Dalam penampilan ketiganya untuk England, pemain berusia 22 tahun itu mengekalkan prestasi cemerlangnya di Chelsea untuk mengukuhkan peluangnya bagi menyertai skuad Euro bimbingan Gareth Southgate.
Trent Alexander-Arnold adalah seorang lagi pemain menyerlah untuk England dalam perlawanan terakhir mereka sebelum beraksi di Euro dekat Jerman.
Bintang Liverpool itu yang sekali lagi diletakkan di bahagian tengah dan bukannya di bek kanan, menjaringkan gol kedua England.
Harry Kane, yang masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua, menjaringkan gol ketiga pada saat akhir untuk mengesahkan kemenangan England.
"Perkara yang bagus ialah kami melalui beberapa hari terakhir tanpa masalah (kecederaan) besar," kata Southgate.
"Kami berdepan lawan yang kuat dan bersemangat, jadi secara fizikal ia adalah ujian yang bagus.
"Saya rasa Cole dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan kami. Sangat gembira melihatnya dapat menjaringkan gol pertama," kata Southgate.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... menjelang-euro-2024 |
|