CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 0

Harimau Malaya tidak sukar benam Kyrgyzstan

[Copy link]
Post time 5-6-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SKUAD negara menggalas tugas berat untuk menjinakkan Kyrgyzstan di Bishkek malam esok. - FB FAM

TANGGAPAN skuad tempang yang dilontarkan terhadap Harimau Malaya tidak memberikan kelebihan ketara buat Kyrgyzstan untuk memperoleh kemenangan mudah pada aksi di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek malam esok.

Walaupun kedudukan ranking dan perkiraan atas kertas lebih berpihak kepada Kyrgyzstan, semuanya bergantung kepada mentaliti pemain negara sepanjang 90 minit permainan untuk menutup segala persepsi negatif.

Kebangkitan yang dijelmakan ketika mempamerkan kebangkitan luar biasa meraih kemenangan 4-3 pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, November tahun lalu juga wajar dijadikan contoh bahawa tidak terlalu mustahil untuk merobohkan ego Kyrgyzstan.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail, berkata setiap pemain yang dibawa ke Kyrgyzstan harus memiliki azam untuk menjaga maruah negara dan elemen itu boleh dijadikan ‘bekal’ bagi membawa pulang tiga mata ke Malaysia.

“Kita kena terima hakikat yang Malaysia masih lagi mencari formula kemenangan. Pemain perlu buat sehabis baik untuk pastikan kejayaan buat pasukan negara.

“Tidak boleh bandingkan pasukan yang lepas dengan yang ada sekarang. Kita hanya perlu berdoa untuk kejayaan kita kerana agak susah sebenarnya untuk kita dapatkan keputusan baik di tempat lawan, namun ia bukan suatu yang mustahil.

“Apa yang kita lebih adalah semangat, setiap kali bermain ingatlah nama Malaysia dan pemain harus bermain untuk negara. Susah untuk saya katakan kita ‘boleh makan’ Kyrgyzstan atau tidak, tetapi bola itu bulat,” katanya.

Selepas kehilangan ramai tonggak utama seperti Darren Lok, Arif Aiman Hanapi, Romel Morales, Syafiq Ahmad dan Faisal Halim, Pan-gon kini mengharapkan tuah memihak kepada Harimau Malaya memandangkan rekod pasukan di tempat lawan tidak begitu positif.

Sejak dikendalikan Pan-gon bermula 2022, Harimau Malaya hanya mampu catatkan tiga kemenangan dalam 13 perlawanan di tempat lawan.

Kemenangan di Bishkek kali ini cukup penting untuk memburu slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 ketika skuad negara hanya akan melayan kunjungan Taiwan di Bukit Jalil Selasa ini.

“Inilah yang kita ada sekarang dan saya tetap memiliki ramai pemain lain untuk menampung ketiadaan beberapa pemain. Jadi, kami akan cuba cari penyesuaian terbaik sepanjang persiapan kali ini.

“Kami tidak akan pernah mengalah sebaliknya mahu terus kekal positif demi nama Malaysia,” kata Pan-gon.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... r-benam-kyrgyzstan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list