|
MBAPPE (tiga dari kiri) menjalani sesi latihan bersama skuad Perancis. -FOTO AFP
Metz, Perancis: Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, berkata bahawa "ada perkara dan orang membuat yang membuatkan saya tidak gembira" di Paris Saint-Germain (PSG) sebelum dia menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Sepanyol itu.
Mbappe dari Perancis, 25, akan menyertai juara La Liga itu musim depan dalam perpindahan yang sudah lama diwar-warkan selepas menghabiskan tujuh musim di ibu negara Perancis itu.
Semasa lawatan PSG ke Jepun dan Korea Selatan musim panas lalu, pengurusan kelab itu mengancam akan menghalang Mbappe daripada bermain selepas dia memberitahu mereka dia merancang untuk meninggalkan Parc des Princes tahun ini.
"Saya diberitahu perkara itu, saya dipaksa memahaminya, saya diajak berbincang dengan cara yang tidak wajar," kata Mbappe kepada pemberita menjelang perlawanan persahabatan Les Bleus dengan Luxembourg.
"Saya tak gembira di PSG, ia akan menggigit tangan yang memberi anda makan dan meludah ke muka semua orang yang mempertahankan saya, tetapi ada perkara dan orang membuat saya tidak gembira," tambahnya.
Mbappe meninggalkan PSG pada akhir musim selepas memenangi gelaran Ligue 1 dan Piala Perancis di bawah pengurus Sepanyol Luis Enrique dan penasihat Luis Campos yang juga bekerja dengannya semasa bermain untuk Monaco.
Walaupun meraih kejayaan domestik, dia gagal membawa kelab kampung halamannya itu meraih gelaran Liga Juara-Juara, cita-cita utama PSG yang dimiliki oleh Qatar dan presidennya, Nasser al-Khelaifi.
"Orang yang menyelamatkan saya ialah Luis Enrique dan Luis Campos," kata Mbappe.
"Tanpa mereka saya tidak akan menjejakkan kaki di padang lagi."
Madrid mengumumkan ketibaan Mbappe dua hari sebelum perlawanan Les Bleus menentang Luxembourg di bandar utara Perancis Metz, perlawanan kedua terakhir mereka menjelang perlawanan pembukaan Euro 2024 menentang Austria pada 17 Jun.
"Saya mempunyai tanggungjawab sebagai kapten. Saya fikir ia membayangi pasukan kebangsaan," kata Mbappe.
"Saya hanya akan menjawab soalan mengenai pasukan kebangsaan, saya ingin melindungi mereka.
"Kami mempunyai musim panas yang penting di hadapan kami," tambah pemenang Piala Dunia 2018 itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... appe-tinggalkan-psg |
|