View: 2271|Reply: 0
|
[Johor]
Jurukimpal dipenjara 15 bulan, tampar teman wanita, miliki motosikal curi
[Copy link]
|
|
Jurukimpal, Md Shauful Azhar (hadapan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas dipenjara 15 bulan kerana menampar teman wanita dan miliki motosikal curi. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Jurukimpal yang pernah melarikan diri ketika menunggu hukuman dijatuhkan di Mahkamah Majistret, di sini, enam tahun lalu, dipenjara 15 bulan oleh mahkamah sama atas kesalahan menampar teman wanita dan memiliki motosikal curi, hari ini.
Tertuduh, Md Shauful Azhar Mahabob, 42, yang memiliki sekurang-kurangnya enam rekod lampau, dijatuhi hukuman terbabit selepas mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak didakwa mendatangkan kecederaan terhadap teman wanita berusia 34 tahun di Taman Banang Jaya, di sini, pada 11.30 malam, 26 Mei lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki motosikal curi di sebuah rumah dekat Taman Banang, pada 4.20 petang, 29 Mei lalu.
Dia dakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan juga denda.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh bertindak menampar wanita itu kerana mendakwa mangsa meninggikan suara terhadapnya.
Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa cedera dan mendapat rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Kamarularifin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal memandangkan tertuduh tidak insaf dengan kesalahan dilakukannya.
Sementara itu, ketika prosiding menjatuhkan hukuman, mahkamah mendapati tertuduh mempunyai sekurang-kurangnya enam rekod lampau antaranya mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Pada 2018, tertuduh pernah dituduh di mahkamah sama, namun dia bertindak melarikan diri ketika prosiding menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama, dan tiga bulan untuk pertuduhan kedua yang berjalan serentak bermula tarikh ditahan, 25 Mei lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... liki-motosikal-curi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|