View: 20277|Reply: 194
|
[Jenayah]
Boleh Mengundang Risiko Kanser, Tak Boleh Masak!
[Copy link]
|
|
SEPERTI yang kita ketahui, sayur-sayuran sememangnya penting dalam diet harian.
Antara khasiat sayur-sayuran adalah melancarkan sistem penghadaman, melindungi tubuh daripada jangkitan dan risiko kanser, memastikan sistem imun kuat, mencantikkan kulit dan membantu proses menurunkan berat badan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa cara penyediaan dan kaedah memasak yang kurang tepat sebenarnya menyumbang kepada kehilangan vitamin dalam sayur-sayuran.
Malah, ada beberapa jenis sayuran yang tidak boleh disediakan dengan cara menggoreng kerana membahayakan kesihatan.
Berikut adalah tiga jenis sayur-sayuran yang tidak sesuai digoreng:
1. Terung
Menggoreng terung boleh menyebabkan tekstur terung berubah. Lemak yang ada dalam minyak akan melekat pada terung dan boleh menyebabkan darah tinggi atau hipertensi.
Cara penyediaan yang sesuai: Dibuat sup, gril, bakar, makan ketika segar
2. Brokoli
Menggoreng brokoli boleh menyebabkan kerosakan sel, peradangan dalam tubuh, risiko degenaratif dan kanser. Menggoreng brokoli mengubahnya menjadi kandungan nitrit bersifat karsinogen.
Cara penyediaan yang sesuai: Dikukus atau rebus, panggang atau makan ketika segar
3. Kubis
Menggoreng kubis boleh menjadi punca kepada kanser kerana mengubahnya menjadi kandungan nitrit bersifat karsinogen. Selain itu, ia mengundang risiko obesiti.
Cara penyediaan yang sesuai: Direbus atau dimakan ketika segar
Ada sebabnya sayur-sayuran tidak digalakkan untuk digoreng kerana faktor berikut:
1. Kehilangan atau kekurangan zat nutrien
Menggoreng dalam minyak panas menyebabkan beberapa nutrien larut air seperti vitamin C dan beberapa jenis vitamin B berkurang atau hilang
2. Penyerapan minyak
Minyak yang digunakan untuk menggoreng selalunya mengandungi lemak tepu atau trans yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
3. Karsinogen bertambah
Menggoreng pada suhu tinggi boleh menyebabkan tindak balas kimia antara minyak dan bahan makanan, dan menghasilkan sebatian yang berpotensi karsinogenik.
Pendedahan berterusan kepada sebatian ini boleh meningkatkan risiko kanser.
Justeru, sebaik-baiknya pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus, mengukus atau memanggang dengan sedikit minyak.
Dengan cara ini, khasiat dalam sayur-sayuran dapat dikekalkan dengan baik supaya kita mendapat faedah yang optimum daripada pengambilan sayur-sayuran ini. Semoga bermanfaat! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kubis, terung dan brokoli merupakan antara sayur yang tidak sesuai digoreng. |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn terung segar? Bior betikk |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak fhm jenis org goreng2 sayur ni. Semua benda nk kena pakai minyak baru sedap keww. Aku dgr, sambal belachan pun org duk goreng2 cili seblm tumbuk. Sedihlah hidup korang |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 7-6-2024 01:03 PM
Mkn terung segar? Bior betikk
Kembung la perut...bukan ke ada racun ke dlm terung segar? |
|
|
|
|
|
|
|
Gingerly replied at 7-6-2024 02:06 PM
Aku tak fhm jenis org goreng2 sayur ni. Semua benda nk kena pakai minyak baru sedap keww. Aku dgr, s ...
Style Indon...sejak zaman youtube Melayu buat sambal belacan style Indon.
Geli nk perah limau dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 7-6-2024 02:13 PM
Style Indon...sejak zaman youtube Melayu buat sambal belacan style Indon.
Geli nk perah limau dlm ...
Nak buat sambal oleg pun dia gi goreng cili satu kuali besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
terung klo jenis hat bulat sedang2 kecik tu sedap buat ulam
tapi kalo terung jenis panjang ungu tu x biasa lak makan mentah
hat tu buat terung bakar ayaq asam sedap sungguhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan goreng ialah makanan utama org Melayu.
Makanan rebus ialah makanan utama org Cina.
Mana ada melayu yg tiada menu goreng² dlm makanan dia.
*tapi aku, exceptional..haha sbb menu aku based in knowledge. Aku rasa aku sorang saja Melayu yg tak suka makanan goreng. Hidup di pulau kan susah nak share resepi dgn org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Sunda tu kan ada terung bakar ke terung goreng letak bawang goreng.
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 7-6-2024 02:11 PM
Kembung la perut...bukan ke ada racun ke dlm terung segar?
Aku tak pernah makan sayur ni, belum diizinkan lagi. Europe dlu kala pun prejudice katanya dgn aubergine ini dakwanya mendatangkan byk penyakit2 tersembunyi,sesuai dgn sifatnya nightshade food.
Diakui juga oleh ibnu sina, punca byk timbulnya mcm2 penyakit termasuk kusta dan sawan. |
|
|
|
|
|
|
|
jiwasemangat replied at 7-6-2024 02:47 PM
Makanan goreng ialah makanan utama org Melayu.
Makanan rebus ialah makanan utama org Cina.
Mana ada ...
Betullah tew. Disebabkan gen cina lagi kuat dlm bdn aku drpd melayu. Aku gemar sekali masak makanan sup dan stim serta aneka teh herba |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka sayur goreng tp cara aku masak org lain tak mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Hoi, telung goreng belado kan sedappp... Apo ekau cakap ni jang.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tak mkn terung, tapi lps try goreng dgn tepung bestari kami anak beranak terus addict dgn terung krispy ni |
|
|
|
|
|
|
|
nasi ayam penyek ada terung goreng cili/pedas........ itu yg sedap. skrg kena kurangkan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Terung rebus cicah sambal belacan |
|
|
|
|
|
|
|
Tepung goreng di pasaran x bagus byk perasa dan garam merosakan ginjal dan darah mengalir laju |
|
|
|
|
|
|
|
terung + broccoli makan fresh?
ni mesti tapenah try kan kan kan .... |
|
|
|
|
|
|
|
Brokoli byk racun jenuh rendam basuh daun lumut |
|
|
|
|
|
|
| |
|