CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6650|Reply: 36

[Tempatan] 'SJKC terkenal dengan disiplin ketat

[Copy link]
Post time 9-6-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Pelajar bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih cenderung ketinggalan dalam pelajaran tetapi ada sebilangan kecil yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ia agak menakutkan bagi murid bukan Cina yang keluar daripada zon selesa dan berusaha untuk menyesuaikan diri di SJKC.


“SJKC terkenal dengan disiplin ketat. Guru akan mengenakan tindakan sekiranya murid tidak dapat mengikuti pelajaran, tidak memberi perhatian dalam kelas atau gagal menyiapkan tugasan,” katanya.

Menurut Noor Azimah, selain akademik, mereka juga berdepan dengan tekanan daripada rakan sebaya terutama apabila hanya seorang atau dua murid bukan Cina di dalam kelas.


Jelasnya, mereka perlu berusaha lebih keras untuk mempelajari bahasa baharu dan menulis aksara Cina bagi mengelakkan diri daripada dilihat sebagai ‘orang luar’ di sekolah.

“Kita sering mendengar kisah kejayaan tetapi sebenarnya terdapat beberapa kes yang gagal,” ujarnya.


Noor Azimah berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam aspek itu dan guru juga perlu melaksanakan tugas mereka untuk memastikan murid bukan Cina di SJKC mendapat perhatian serta bimbingan bagi mengatasi ketakutan mereka.

Walaupun tidak tahu bahasa Mandarin, seorang ibu, Nur Haslinda Mohd Nasir memilih untuk menghantar anaknya ke SJKC dengan harapan permata hatinya itu dapat menguasai bahasa lain bagi merebut peluang lebih baik dalam pekerjaan kelak.

Anaknya, Mat Ausyaff Adam Mat Rozman mula belajar asas bahasa Mandarin bermula di tadika dan ini tahun pertamanya di SJKC On Pong 2 di Ampang.
Nur Haslinda berkata, dia memilih untuk menghantar Mat Ausyaff ke tadika Cina bagi menguji keserasian.


“Pada ketika itu, Mat Ausyaff pulang dari tadika setiap hari dengan gembira menulis di dinding.

“Saya tidak dapat memahami aksara Cina yang ditulis, jadi saya bertanya kepadanya apa maksud perkataan tersebut. Dia memberitahu saya itu perkataan bahasa Cina yang dipelajari di sekolah. Sejak itu, saya merasakan minatnya terhadap bahasa Mandarin,” katanya.

Apabila dia bertemu dengan jiran Cina di luar rumah, Mat Ausyaff akan menggunakan bahasa berkenaan untuk berkomunikasi.

Walaupun kelihatan optimis dan positif, Nur Aslinda memberikan kebebasan belajar kepada anaknya, tetapi dia juga bimbang tentang apa yang perlu dilakukan jika tidak dapat mengikuti arus pembelajaran di SJKC.

Bergelut

Seorang ibu, Rafizah Hussin pula menghantar anak kembarnya berusia 12 tahun, Nur Adelia Rania Mohd Faizal dan Nur Adelina Rania Mohd Faizal serta Nur Aqeela Deslisya Mohd Faizal,10, bersekolah di SJK(C) Chung Hua Klang.

Bagaimanapun, pasangan kembar yang belajar di SJKC selama lima tahun itu masih bergelut untuk mencapai prestasi baik dalam pelbagai mata pelajaran bahasa disebabkan pandemik Covid-19.

Akibatnya, mereka terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) ketika Tahun Enam.

“Penguasaan bahasa Melayu mereka tidak begitu baik dan kami berhasrat untuk menghantar mereka ke sekolah menengah berasrama.

“Kami tidak mempunyai pilihan selain memindahkan mereka ke SK pada tahun akhir pendidikan rendah,” katanya.

Menurut Rafizah, prestasi akademik keseluruhan anak kembarnya di SJKC lemah walaupun mereka boleh membaca dan bertutur dalam bahasa Mandarin.

Namun kemahiran menulis sederhana menyebabkan anaknya itu tidak dapat menulis semasa peperiksaan walaupun mengetahui jawapannya.

Rafizah berkata, selain membantu anak-anak menyiapkan tugasan dengan menggunakan bahasa Melayu di rumah, mereka juga terpaksa menghantar anak-anak ke kelas tambahan bagi subjek bahasa Cina, Matematik dan Sains.

“Kos tuisyen untuk ketiga-tiga anak menjadi beban kewangan yang besar untuk keluarga,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rafizah tidak pernah menyesal menghantar anak-anak mereka ke SJKC, sebaliknya terkilan kerana anak-anaknya tidak dapat menghabiskan tempoh enam tahun di sekolah tersebut.

“Sekarang kami beri perhatian lebih terhadap pembelajaran Nur Aqeela. Dia kini berada di Tahun Empat dan kami harap dia boleh mengekalkan keputusan yang baik dalam semua mata pelajaran tanpa perlu berpindah sekolah,” ujarnya.

Risiko

Bekas kerani bank, Norashikin Adnan, 40, dan suaminya membuat keputusan untuk menghantar dua anak perempuan mereka masing-masing berusia 13 dan 10 tahun ke SJKC Chung Cheng, Sitiawan, Perak.

“Saya dan suami memutuskan untuk menghantar dua anak perempuan kami ke SJKC selepas membuat pertimbangan teliti dan sanggup mengambil risiko demi masa depan anak perempuan kami.

“Namun anak bongsu terpaksa saya pindahkannya ke sekolah kebangsaan selepas tiga tahun di SJKC atas nasihat guru dan guru besar.

“Anak perempuan saya sanggup kekal, tetapi guru besar memberitahu kami bahawa Tahun Empat lebih sukar, dia mungkin hilang keyakinan dan minat untuk belajar,” katanya.

Anak perempuan sulung mereka tidak mempunyai masalah seperti itu kerana mendapat keputusan yang baik sejak Tahun Satu hingga Enam dan kini belajar di SMJK Nan Hwa.

Remaja itu satu-satunya pelajar terbaik bukan Cina dalam kelas Tingkatan Satu di sekolah berkenaan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 9-6-2024 03:23 AM

SJKC tiap hari hada keja rumah. Paling gigih kasik keja rumah, cikgu BM, BC ngan PI. Ni hari2 hada kerja rumah.

SK punya la rileks. Dalam sebulan hada la kot 1 atau 2 kerja rumah, hahaha. Pehtu kalau anak aku kat SJKC tu tak buat kerja rumah, gigih cikgu2 dia PM mak pak atau update kat group kelas, which is good. Meols like.

*perbandingan sekolah anak2 aku*
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
SJKC ni seperti biasa - budak2 kelas depan ok la ko ajar. Yang klas belakang tu, emh. Kalau masuk SMK, perangai lebih teruk dari monyet. Antara Cina, Yenna, Melayu kat SMK, budak2 Cina kelas belakang ni paling hanat. Dengan bodoh BM, bodoh BI - cemana kau nak ajar? Ha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 01:13 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 11:28 AM
SJKC ni seperti biasa - budak2 kelas depan ok la ko ajar. Yang klas belakang tu, emh. Kalau masuk SM ...

eh chop2...selama ni iols tersilap iya, iols ingatkan sjkc yang kelas terpaling belakang pun takdela bodoh mana gitu. Rupanya sama je la kan. Unless sekolah elit la. Sek rendah ada sekolah elit ke? tiber..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 9-6-2024 06:16 AM
hyie replied at 9-6-2024 05:13 AM
eh chop2...selama ni iols tersilap iya, iols ingatkan sjkc yang kelas terpaling belakang pun takde ...


Apa lak. Ramai ja budak2 Cina ni yang bodoh. Anak doktor Cina di daerah aiol ni pun tak pandai mana, haha. Zaman aiol SMK dulu pun, anak Dusun (Kadazan) yang jadik top student SPM, bukan anak Cina. Even SJKC tempat aiol pun, kecemerlangan akademik dikuasai oleh anak2 Dusun sedari dulu. Boleh nampak masa penyampaian hadiah, majoriti nama2 non Cina yang naik pentas dapat top 3.

Masa praktikal dulu aiol pernah ajar budak2 SJKC bodoh yang masuk SMK. Punya la temberang cam taik padehal bodoh nak mampus. At least warga Bumis ni lembut hati siked boleh lagik dibentuk. Chinks SJKC klas blakang ni kena betul2 tegas plus jahat macam komunis kalau nak ngajo meka, baru meka nak dengar ok. Kalau ngajo lembut2, emh, kena pijak je la...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tu pun ada yg puja leluhur ni macam leluhur ni bagus sangat. balik2 suruh contoh “tengok anak cina sekolah, tengok cina berniaga, tengok cina bersatu, tengkk anak cina belajar”. setakat pandai pun math je la leluhur ni. kalau keje lagi mcm celaka, asyik salah. selagi boleh salahkan orang, dia salahkan orang lain padahal salah sendiri. mengata melayu malas keje, tapi bila dibagi keje, leluhur ni taknak & pass dekat melayu. tapi tak semua la cina macam ni, majority ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 9-6-2024 03:19 PM
dua_chzy replied at 9-6-2024 11:22 AM
SJKC tiap hari hada keja rumah. Paling gigih kasik keja rumah, cikgu BM, BC ngan PI. Ni hari2 hada k ...


Bab homework ni, mmg betul dlm smgu tu belum tentu ada. Meols citer kt kwn meols keke gurubesar, dia kata kompom ank meols ni dah siapkan masa dlm kelas. Meols tnya kat anak meols, ye dia kata dia buat laju2 dlm kelas. Meols mcm caya tak caya kat budk ni.

Kira budak cina kat smk ni mmg hahaha..masa meols form 1 dorg kat remove class. Tiap2 ptg masa perhimpunan gubesar cina pgil bdk cina ni ke depan sbb stoken takde, rambut pjg kikiki tiap2 ptg ada je kes gubesar tak puas hati kat bdk2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak bongsu iolss skrg ni SJKC.. homework dah x sebanyak kakak dia dah..skrg ni çikgu ckp pendidikan nak murid2 aktif sukan .. sekolah anta pelajar pertandingan sana sini..dpt bernombor dpt biasiswa sekolah.. Senior anak iolss dpt no martial art thn lps..dpt angpau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 02:07 PM
Apa lak. Ramai ja budak2 Cina ni yang bodoh. Anak doktor Cina di daerah aiol ni pun tak pandai man ...

Ala deme ni keje pon bodo
Apa yg ko banggakan sgt dgn cina cina

Aku tgk je  bos bos cina bodo mebodo bodokan staff

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 9-6-2024 12:22 PM
Ala deme ni keje pon bodo
Apa yg ko banggakan sgt dgn cina cina


Tapi deol sangat over the konfiden, hahaha. Benci aku. Sukor la tak ramai Cina di sekolah aku. Aku pernah organize event peringkat negeri, keje dengan cikgu2 Cina dari KK. Ingatkan haibat la sangat. Rupanya haibat bercakap ja. Kalau boleh deol nak kulikan weol cikgu2 bumis ni buat semua keja untuk deol. Mentang2 cikgu2 bumis jenis malas melawan, malas tunjuk temberang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 11:22 AM
SJKC tiap hari hada keja rumah. Paling gigih kasik keja rumah, cikgu BM, BC ngan PI. Ni hari2 hada k ...

Tgk tahap kerajinan cikgu. Dpt cikgu rajin, ada jahh homework kat SK..

Dolu2 ada anak datuk transfer ke klas iols daro skolah convent.. sbb kat convent kena buat math 100 sums per day katanya.. ntah apa jadi kat dia lepaih kami habes skolah rendah.. dia masuk stf pastu lost contact
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 11:22 AM
SJKC tiap hari hada keja rumah. Paling gigih kasik keja rumah, cikgu BM, BC ngan PI. Ni hari2 hada k ...

anak aku mcm tiap2 hari ada kerja sekolah tpi mcm sikit jelah, xthulah tu kerja sekolah atau kerja buat kt sekolah tpi x siap, jika cuti panjang lgi banyak siap update dlm group kelas

aku tetap pilih SK sbb aku dh thu haluan anak aku ke mana cuma kns rajin pantau dia belajar jelah, lgipun dulu org rumah aku pratikal SKJC
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 9-6-2024 01:02 PM
anak aku mcm tiap2 hari ada kerja sekolah tpi mcm sikit jelah, xthulah tu kerja sekolah atau kerja ...


Kerja sekolah memang hada. Yang aku maksudkan ni, kerja rumah. Anak2 aku kat SJKC tu, kerja sekolah lain lagik. Kerja rumah lain lagik. Meka boleh habiskan buku kerja KPM tu dalam setahun, termasuk buku kerja yang dibeli. Anak aku kat SK, tak pernah habis buku kerja dia dalam tempoh setahun tu. Oh, kecuali BI tapi ni workbook yang dibeli la. Konsisten pula tu dari darjah 1 sampai 2, buku BI tu ja abis buat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 09:04 PM
Kerja sekolah memang hada. Yang aku maksudkan ni, kerja rumah. Anak2 aku kat SJKC tu, kerja sekola ...

Cek balik cikgu2 tu.. ni silibus habes blajaq ke dak sbb buku workbook pun tak habes..

Masa iols skolah dolu2, ada jahh cikgu rajin dan cikgu yg... hat rajin tu, silibus habes, keje rajin bagai.. hat yg maleh tu... hmm je la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-6-2024 09:04 PM
Kerja sekolah memang hada. Yang aku maksudkan ni, kerja rumah. Anak2 aku kat SJKC tu, kerja sekola ...

Teringat dulu cikgu BM suruh murid buat 68 muka surat keje rumah. Dlm grup wasap ada gubesar, mak bdk ni tanya kat cikgu BM betul ke? Sekali gubesar tnya kat cikgu BM semula dlm grup wasap tu gak. Cikgu BM tu tak ngaku wakaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendpt aku la anak2 melayu menyerlah bila masuk SJKC ni sebabnye parents diorg mmg serius dan ambil berat psl pendidikan anak diorg. makcik aku dulu terpengaruh ngan dakyah sek cina ni bagus, dia masukkan la anak dia dlm sek cina tu, pastu die lepas tangan camtu jah dia serah bulat2 kt sek tu utk didik anak dia. Ujung-ujung biasa-biasa je akademik dia takat spm cukup makan jelah. Plg tragis walaupun sek cina 6 thn tp mana reti cakap cina pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sorry to say. pengalaman belajar dan mengajar sama2 cikgu chinkies pompuan ni buat i mmg susah nk husnuzon ngan puak2 ni. mengikut pengalaman peribadi ada ramai yg racist terutama kat pelajar bumiputra. hmm sila la pantau rapat2 anak2 masing2. cara die buat tu halus ja. parents susah nk detect, kerja sama2 baru tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai je murid cina yg tk pandai. subjek bahasa cina pun gagal.. tp mmg kot SPM paling baik pun dpt C4 je..
yg dari sjkc ni skolah menengah kat SMk jugek. sbb dlm daerah ni ada 1 je smk(c).
kena masuk kelas peralihan dulu setahun
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 10-6-2024 07:54 AM
annehuda replied at 9-6-2024 10:45 PM
Pada pendpt aku la anak2 melayu menyerlah bila masuk SJKC ni sebabnye parents diorg mmg serius dan a ...


Ala kesian lah kat anak tu. Utk pendidikan asas pon dah terencat. Pdhal bdk tu ada potensi cemerlang. Bapak meols yg mmg reti baca n ckp cina ni pon keluarkan abg meols dari sjkc lepas sebulan msuk darjah 1 sbb balik umah mata lebam kene tumbuk hahahah kesian pulak bila fikir serabut mak pak ank baru darjah 1 kene buli. Agaknya dah bercita2 nak guide anak pandai berbahasa cina, terbantut terus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 08:00 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.179278 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list