View: 10089|Reply: 0
|
[Selangor]
‘Tak pasal-pasal dua penunggang motosikal jadi mangsa’
[Copy link]
|
|
Tangkap layar CCTV yang memaparkan sebuah kenderaan mengundur sebelum dilanggar dua buah motosikal.
PETALING JAYA – Dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan sehingga kenderaannya mengundur.
Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.
Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.
Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.
Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.
“Apa yang kelam kabut sangat, handbrake (brek tangan) tak tarik, orang lain jadi mangsa,”tulis Ismile Jaxx.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Azaharie Airi.
“Lesen beli ke macam mana, parking kereta tak tarik handbrake (brek tangan),”luahnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ndur-tanpa-pemandu/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|