CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5498|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tak putus asa cari Pak Long Zamri demi permintaan arwah nenek dan ibu

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode

MAT Zamri yang dikatakan menghilangkan diri dan tidak pernah pulang ke kampung halaman di Kampung Lundang, Kota Bharu di Kelantan sejak hampir 44 tahun lalu



Kuala Lumpur: Biarpun dua insan tersayang sudah tiada namun hasrat mereka mahu keluarga kembali bersatu bersama bapa saudara yang hilang tanpa khabar hampir 44 tahun lalu tetap menjadi keutamaan.

Siti Nor Fazlini Mokhtar, 35, yang sehingga kini masih berusaha mengesan bapa saudara, Mat Zamri Abdullah, 69, yang dikatakan menghilangkan diri dan tidak pernah pulang ke kampung halaman di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, sebagai cucu sulung dia berusaha mengesan bapa saudara yang bekerja sebagai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan bertugas di Kuala Lumpur serta menetap di Flat Selayang, Jalan Raja Laut, di sini sebelum ini.


Menurutnya, ketika nenek, Khadijah Salleh dan ibu, Ramlah Ab Rajab masih hidup mereka sekeluarga sudah berusaha mencari bapa saudaranya itu dengan pelbagai cara namun gagal.

"Arwah nenek meninggal pada Disember 2006 tanpa sempat bertemu dengan anak sulung dirinduinya dan permintaan terakhirnya meminta kami terus mencari Mat Zamri. Arwah ibu dan saya pula meneruskan pencarian namun tetap gagal dan sekarang ibu juga sudah meninggal dunia pada 2015.

"Sehingga kini saya tetap teruskan pencarian bapa saudara demi permintaan arwah nenek dan ibu. Berdasarkan cerita saya dengar, Mat Zamri dulu bekerja sebagai penjawat awam dan kali terakhir pulang ke Kampung pada tahun 80-an," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan alamat terkini bapa saudara tetapi mengecewakan kerana lelaki itu tidak mengemaskini alamat semasa namun masih hidup dan dipercayai masih belum berkahwin.

"Saya juga pernah beberapa kali ke alamat dinyatakan oleh JPN di Flat Selayang, Jalan Raja Laut, namun dia sudah tidak tinggal di situ dan ada juga tanya jiran sebelah rumah namun mereka tidak mengenalinya," katanya.

Katanya, walaupun buntu usaha pencarian tiada petunjuk namun mereka sekeluarga tidak berputus ada dan tetap berharap dapat bertemu bapa saudara walau dalam apa keadaan sekali pun.

"Untuk Pak Long Zamri, saya anak saudara Pak Long yang belum pernah bertemu mata dan sangat berharap agar Pak Long pulanglah ke kampung.

"Semua ahli keluarga rindukan Pak Long, adik-beradik Pak Long yang lain juga sudah berusia dan masih menunggu Pak Long pulang. Kami menanti kepulangan Pak Long dengan tangan terbuka," katanya.

Bagi yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Siti Nor Fazlini di talian 016-9511946.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arwah-nenek-dan-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.332102 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list