CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3520|Reply: 1

[Kelantan] OKU warga emas hasilkan cenderamata origami untuk tambah pendapatan

[Copy link]
Post time 10-6-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zain terbabit dalam seni origami bagi menambah pendapatan. FOTO BERNAMA

Tanah Merah: Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) tidak mematahkan semangat warga emas Mohd Zain Dollah, 73, untuk terbabit dalam seni origami bagi menambah pendapatan.

Menetap di Kampung Bukit Kechik, di sini, Mohd Zain yang mengalami kecacatan di kedua-dua tangan, jari dan kaki sejak lahir mampu menyiapkan 10 origami berbentuk angsa dalam sehari.

Beliau berkata, meskipun hobi itu dianggap agak meremehkan kerana perlu memberikan tumpuan dan memakan masa yang lama namun tidak bagi dirinya.

"Saya membuat hiasan origami ini sejak 10 tahun lalu apabila diajar oleh seorang daripada anak saya. Seingat saya hanya sehari saya belajar dan terus mencuba membuat pelbagai jenis hiasan seperti bakul, bekas telur dan bekas bunga," katanya yang hanya memiliki ketinggian 1.2 meter kepada pemberita.


Beliau berkata, bagi origami berbentuk angsa biasanya tempahan dijadikan sebagai bekas telur untuk diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan.

Bagi hiasan tempat meletakkan bunga lazimnya ditempah oleh individu sebagai cenderamata atau agensi kerajaan untuk diletakkan di pejabat.

"Setiap origami berbentuk angsa itu memerlukan sebanyak empat keping kertas A4 dan akan dipotong kecil menggunakan pisau kecil dan dilipat serta digam supaya lebih kukuh.

"Hiasan berbentuk angsa ini saya jual dengan harga RM2 satu dan sekiranya tempahan melebihi 100 harganya akan lebih murah," katanya yang turut menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Duda dan bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, bagi bakul yang lebih besar harganya boleh mencecah sehingga RM50 kerana memerlukan lebih banyak kertas A4, gam dan masa.

Kini, dia sedang menyiapkan tempahan seorang pelanggan di Perak yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, katanya yang pernah menjadi juruhebah majlis perkahwinan sebelum menceburi bidang kraftangan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-tambah-pendapatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pakcik ni cari duit halal walaupun kurang upaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.309789 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list