CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14447|Reply: 5

[Tempatan] Ahli didakwa sumbang mahram, biar undang-undang berjalan sebelum PKR bertindak

[Copy link]
Post time 11-6-2024 05:31 AM | Show all posts |Read mode
Ahli didakwa sumbang mahram, biar undang-undang berjalan sebelum PKR bertindak

https://www.freemalaysiatoday.co ... elum-pkr-bertindak/

Elill Easwaran
10 Jun 2024, 11:36 PM


Ketua PKR Ampang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata parti akan menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap tertuduh.

Ketua PKR Ampang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata sekiranya tertuduh didapati bersalah dia akan kena tindakan disiplin.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin bahagian PKR berkata parti itu akan membiarkan undang-undang berjalan sebelum memutuskan nasib seorang ahli yang dituduh melakukan sumbang mahram dengan anak tiri yang berusia 17 tahun.

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata individu itu minta dibicarakan.

“Dia akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah atau mengaku bersalah.

“Ketika ini kes sedang berjalan dan beliau mengaku tak bersalah. Jadi biarlah undang-undang berjalan dahulu,” kata Syed Ahmad yang juga ketua PKR Ampang kepada FMT.

Pada bulan lalu, seorang kerani pusat perkhidmatan awam dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah flat pada 20 dan 21 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Selangor Izuan Kasim sekiranya benar kerani itu ahli PKR, parti tidak akan campur tangan urusan mahkamah.

Izuan berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada tertuduh itu ahli PKR kerana dia tidak memegang sebarang jawatan.

“Buat masa ini, sayap Pemuda Selangor akan memantau kes ini lebih dekat, dan sekiranya dia didapati bersalah, kita akan mengambil tindakan lanjut, seperti membatalkan keahliannya.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua parti pun kaki maksiat, apa salahnya pemimpin bawahan pun nak bermaksiat juga? Dah kena la tu dengan perjuangan PH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:20 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 11-6-2024 05:36 AM
Ketua parti pun kaki maksiat, apa salahnya pemimpin bawahan pun nak bermaksiat juga? Dah kena la tu  ...

masa video nie tersebar, ada blogger nama 'milo' kot yg gagah pertahankan Bang Non selain daripada pimpinan utama PAS. skrg tentu mereka menyesal agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 11-6-2024 08:20 AM
masa video nie tersebar, ada blogger nama 'milo' kot yg gagah pertahankan Bang Non selain daripada ...

PAS ni dari segi politik dorang memang bodoh bangang. Tapi dari segi jemaah Islam, dorang ni orang baik...suka bantu orang.

Sebab tu Anwar Peliwat, PAS tolong bela
Najib 1MDB, PAS tolong bela
Even Mahathir masa Tunku Abdul Rahman pecat dari UMNO, PAS tolong bela
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata tanya banduan2 dalam penjara se malaya ada tak ahli mana2 parti politik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:45 AM | Show all posts
spesis yg perlu dihapuskan dari muka bumi........STAT!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.105127 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list