CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9167|Reply: 9

[Tempatan] Dua nenek gah bermotosikal berkuasa besar membelah lebuh raya

  [Copy link]
Post time 11-6-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-6-2024 05:43 PM


Dua nenek gah bermotosikal berkuasa besar membelah lebuh rayaOleh Siti Rohana Idris
Jun 11, 2024 @ 1:38am
bhnews@bh.com.my





Mimi (kiri) dan Nor Hanani bersama motosikal berkuasa besar bersiap sedia sebelum berlepas sertai konvoi 30 'bikers' di Tunjong, Negara. NSTP Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: Kehadiran dua wanita di tengah-tengah rombongan konvoi motosikal berkuasa besar menelusuri jalan raya sudah pasti menarik perhatian ramai.

Bukan menjadi pembonceng, Mimi Musa, 49, dan Nor Hanani Yusof, 43, sebaliknya mengemudi motosikal masing-masing dengan penuh santai menuju ke destinasi dirancang meskipun kedua-duanya sudah bergelar nenek.

Bagi Mimi, kegilaannya terhadap motosikal berkuasa besar wujud ketika di awal perkahwinan kerana suaminya, Azman Azhari, 47, juga mempunyai minat yang sama.

"Sebelum ini saya kerap menemani suami mengikuti apa sahaja konvoi dengan hanya sebagai pembonceng, namun sejak tiga tahun lalu, saya sudah membeli jentera sendiri iaitu Harley Davidson jenis Street Glide.

"Tak dapat digambarkan bagaimana seronoknya apabila dapat memiliki sendiri motosikal berkuasa besar. Apabila mempunyai minat sama dengan suami, kereta di rumah lebih kerap tersadai kerana masa kami banyak diluangkan dengan berkonvoi bersama rakan," katanya.

Mimi berkata, selain dalam negara, dia juga sering enunggang motosikal hingga ke Thailand dan kedua anaknya yang berusia 18 serta 27 tahun turut mempunyai minat sama.


Nenek kepada dua cucu itu berkata, jadi suri rumah sepenuh masa menjadi bonus buatnya untuk bebas menyertai konvoi bersama suaminya membelah lebuh raya pada bila-bila masa.

"Yang penting, sebaik enjin dihidupkan dan motosikal bergerak, ia seakan-akan satu kepuasan luar biasa buat kami peminat motosikal berkuasa besar," katanya yang juga ahli kelab motosikal berkuasa besar iaitu Brotherhood 2Nation.
Or
Dua wanita ini dalam perjalanan ke Melaka untuk memeriahkan Malaysia Bike Week di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), tiga hari bermula 14 Jun ini sempena Bulan Permotoran Malaysia.

Acara pelepasan konvoi 30 'bikers' ini diadakan di Tunjong, di sini dan disempurnakan Penaung Yayasan Seri Negara (YSN), Tan Sri Dr Mazlan Lazim juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara, semalam.

Mazlan (tengah) bersama peserta konvoi sebelum berlepas bagi memeriahkan Malaysia Bike Week di MITC. - NSTP Nik Abdullah Nik Omar


Keterujaan turut dikongsi Nor Hanani yang memiliki motosikal berkuasa besar jenis QJ SRV250 dan dibeli sejak dua tahun lalu.

Nor Hanani berkata, sebelum memiliki motosikal sendiri, juga menjadi pembonceng motosikal yang ditunggangi suaminya, Mohamad Nor Amin Ahmad, 42, apabila menyertai sebarang konvoi dianjurkan kelab.

"Jika membonceng, kita hanya duduk dan kerap mengantuk jika perjalanan jauh, tapi jika menunggang sendiri, kita fokus pada pemanduan, ia satu cabaran tapi seronok," katanya nenek dua cucu ini.

https://www.bharian.com.my/gaya-hidup/wanita/2024/06/1257246/dua-nenek-gah-bermotosikal-berkuasa-besar-membelah-lebuh-raya




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
42 tu nenek dh ke heheh
tak tkt jth muka tercalar ke ek naik muto
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
My sister lebih tua dari acik ini pun naik harley di malaysia walaupun kaki pendek... Sebab minat ko buat apa apa saja asal kan tidak kacau traffic flowvehicles lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 11-6-2024 09:41 AM
42 tu nenek dh ke heheh
tak tkt jth muka tercalar ke ek naik muto

Kannnnn…kesian di nenekkan reputtss forum. Yg nenek tu sorang tu ja
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 10:24 AM | Show all posts
wow best lah, i suka tgk perempuan lasak mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ni awal 40an dah nenek ke? Nenek betullah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 03:25 PM | Show all posts
biarlah nenek tu nak konvoi pun yg penting tk pinjam moto korunk
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedua kakak ipau macik pun naik motor besor
Masuk siam semedang
Seronok deme kata dah tetua
Anak dah besor
Bosan duduk rumah

Tapi macik suka je
Dari jadi geng basikal
Pakai ketat2 sampai lemas selulit
Menonggek kayuh tengah panas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey ler..
Motor cruiser.
Ride santai².
Igt ducati ss950 td..xpon aprilia 660
Tanjat macik
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 04:27 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 11-6-2024 03:46 PM
Okey ler..
Motor cruiser.
Ride santai².

aah...baru rasa nak tabik spring...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.890403 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list