View: 3855|Reply: 0
|
Vinicius sambut baik hukuman penjara terhadap penyokong rasis
[Copy link]
|
|
VINICIUS kerap menjadi mangsa isu perkauman di LaLiga. FOTO FAIL REUTERS
Madrid: Vinicius Junior menyambut baik hukuman penjara lapan bulan dikenakan terhadap tiga penyokong Valencia yang menghina berbaur perkauman terhadapnya pada aksi a La Liga, tahun lalu.
"Hukuman jenayah pertama dalam sejarah Sepanyol ini bukan untuk saya. Ia untuk semua orang kulit hitam," kata penyerang Real Madrid dan Brazil itu di media sosial.
"Tetapi, seperti saya selalu katakan, saya bukan mangsa kepada isu rasis. Saya adalah pemusnah kepada orang yang rasis. Biar mereka takut, malu dan berlindung di sebalik bayang-bayang. Sebaliknya, saya berada di sini untuk melangsaikan hutang," tulisnya.
"Terima kasih kepada La Liga dan Real Madrid kerana membantu menjadikan perkara ini sebagai penanda sejarah. Banyak lagi yang akan berlaku..."
Pihak defendan yang identitinya tidak didedahkan didapati bersalah atas dakwaan moral integriti dengan memburukkan keadaan berkaitan diskriminasi, kata mahkamah Valencia.
Mereka turut digantung daripada menyaksikan perlawanan selama dua tahun.
Insiden itu berlaku pada 21 Mei 2023 di gelanggang Valencia, Stadium Mestalla apabila penyokong tuan rumah mengejek dan membuat bunyi seperti monyet terhadap penyerang Real Madrid itu.
Perlawanan dihentikan apabila as Vinicius berdiri di depan penyokong terbabit dan menunjukkan ke arah individu bertanggungjawab, sekali gus mendesak pegawai stadium mengambil tindakan terhadap isu rasis itu sebelum perlawanan boleh disambung.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dap-penyokong-rasis |
|
|
|
|
|
|
| |
|