View: 17288|Reply: 114
|
[Jenayah]
Permohonan Ditolak, Tak Dapat Sambung IPT Sebab Keputusan SPM Bahasa Inggeris Dapat D!
[Copy link]
|
|
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu peperiksaan yang menentukan hala tuju masa depan pelajar di negara ini. Lebih banyak ‘A’ di dalam keputusan peperiksaan, lebih cerah masa hadapan pelajar tersebut untuk menyambung ke pengajian tinggi.
Baru-baru ini seorang pelajar mendapat keputusan SPM 7A berkongsi betapa pentingnya skor subjek Bahasa Inggeris, atau sekurang-kurangnya kredit.
Menerusi hantaran video TikTok @almondnadee, dia tidak dapat menyambung ke institusi pengajian tinggi gara-gara keputusan SPM untuk subjek Bahasa Inggeris adalah ‘D’.
Banyak Permohonan IPT Ditolak, Individu Ini Kongsi Pentingnya SPM 'Score' Bahasa Inggeris
Tidak berputus asa, individu itu membuat permohonan semakan subjek Bahasa Inggeris dengan harapan gred ‘D’ itu berubah dan memudahkannya membuat permohonan IPT.
Selepas 9 hari menunggu keputusan baharu, akhirnya subjek Bahasa Inggeris itu menjadi ‘C+’.
Individu itu membuat permohonan ke program matrikulasi. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi dirinya kerana permohonan ditolak kerana minima subjek Bahasa Inggeris ‘C’ diperlukan sebelum boleh diterima masuk.
“Pengaruh Bahasa Inggeris sangatlah besar. Kepada adik-adik, Bahasa Inggeris sangat penting ya. Keputusan cantik, tapi tak kredit (Bahasa Inggeris) tak boleh juga,” pesan individu kepada orang ramai.
Ketika artikel ini ditulis, video TikTok itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada warganet.
Menerusi komen-komen dikongsikan, ramai memberikan kata-kata semangat supaya lepasan SPM itu tidak berputus asa dan cuba ikhtihar membuat permohonan di universiti dan kolej lain.
Dalam masa sama warganet menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan ia merupakan bahasa rasmi antarabangsa untuk berkomunikasi pada hari ini.
Terdahulu, seramai lebih 10,000 calon SPM tidak menghadiri peperiksaan tersebut untuk tahun 2023.
Dalam masa sama ramai lepasan SPM yang gagal peperiksaan itu tanpa segan-silu memuat naik slip keputusan untuk dijadikan konten di TikTok masing-masing. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah risau dek
10 tahun lagi sijil2 ijazah2 ni dah tak pakai dah sebab waktu itu dunia sudah dikuasai oleh chatgpt |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa teruk sangat BI heshe. Sayangnya, subject lain semua score. English tu penting dik. Acik2 F dekat office semua menaip emails in English. |
|
|
|
|
|
|
|
anak iols pegi 3-4 interbiu..thru upu tak dpt satu pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la mcm anak buah..dah pegi temuduga kejuruteraan marin sebelum SPM ditawarkan. Elok result keluar BI D....habis. Tpi boleh je ambik BI Julai,,,ke paper Julai tu BM je.
Jangan patah semangat..org yg dpt D English..ntah2 rezeki kursus kat Singapore, dapat kerja kat pelantar minyak gaji RM30 ribu, RM40 ribu. Lagi tinggi dari masuk Unibesiti berbekalkan BI kredit..kih3 |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn BI gitu apply asasi TESL?
Haruu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bersangka baik
maybe dia ingat TESL tu subjek belajar pasal kereta tesla
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak dulu mmg dah mcm gitu... sekurang2nya credit..
kalau BI D or fail, camne nak sambung belajar.. segala buku rujukan english..
silap2 lecture pon in english..
amikla kursus tambahan utk english tu..
tapi kesianla.. aku rasa bebudak sekarang english smua mcm ok je.. nak2 budak bandar.. anak2 yg bukan english background.. cakap melayu kat rumah pon English A.. memadai sekadar belajar di sekolah.. dan environment di sekolah..
additional maybe pengaruh tv and lagu2 english jugak.. tu pasal aku kata bebudak sekarang patut takde masalah dengan english.. especially kalau budak tu score subject lain.. means dia pandai.. bole terima cikgu ajar dalam kelas tanpa perlukan kelas tambahan ke apa.. tup2.. kot D? pelik jugak.
ada 1 kes.. subject lain A - C.. tup2 english E. Sebab? asal dari sekolah agama.. form 3 baru masuk sekolah kerajaan.. budak kampung. form 3 baru celik english.. merana la.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Itu la pentingnya English Education..." - Usop Wilcha. |
|
|
|
|
|
|
|
english penting nak masuk Uni tp dulu2 saya english hauk jua...bdk kg tp selamat grad dari ober the sea. yg penting bole faham dan bole menulis essay dlm english...speaking tu hentam la saja |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung form 6 STPM ....nanti ambik MUET ... |
|
|
|
|
|
|
|
syarikat melayu pun nak org berckp english...banyak urusan dunia adalah dlm english |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm ada bdk india ni offer nota2 muet (berbayar) lat FB. Dia dpt Speaking 88/90 Band 4. Writing 26/90. Agak2 lah dik. Org lain x perlu tusen pon kacang dpt Band 4 |
|
|
|
|
|
|
|
Bi ni mcm bm. Semua blh berckp..tp x semua blh menguasai tatabahasa, grammar sume tu. Dlm exam, vocab & grammar tu penting. |
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 26-6-2024 08:17 AM
@dua_chzy
Ni kes bodoh, nak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|