View: 13781|Reply: 21
|
[Tempatan]
Subjek Matematik, Sains padat buat murid sekolah rendah bosan
[Copy link]
|
|
NASIONAL
Subjek Matematik, Sains padat buat murid sekolah rendah bosan
Oleh Fahmy A Rosli
[email protected]
Jun 28, 2024 @ 11:01am
Mata pelajaran Sains Tulen menjadi amat sukar kepada kebanyakan pelajar jika mereka gagal menguasai konsep asas matematik dan fizik. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Tahap sukatan mata pelajaran Sains dan Matematik yang tinggi di sekolah rendah, sehingga ia menyulitkan pembelajaran murid yang baharu memasuki alam persekolahan, membuatkan sebahagiannya menganggap subjek itu membosankan.
Tahap penguasaan dan kefahaman kepada subjek itu yang lemah ketika di sekolah rendah akan berlarutan kesannya apabila mereka memasuki sekolah menengah, seterusnya berisiko gagal dalam peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Lantaran itu, ahli akademik pendidikan menyarankan agar sukatan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah rendah dikurangkan, supaya guru boleh menumpu kefahaman asas kepada konsep yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
Pensyarah Pendidikan daripada Universiti UCSI Kuala Lumpur, Dr Othman Talib, menyifatkan kandungan subjek Sains dan Matematik sekolah rendah ketika ini terlalu banyak dan padat hingga membosankan murid.
Beliau mendakwa, pengenalan Kemahiran Proses Sains (KPS) di sekolah rendah, mengakibatkan murid-murid tidak berminat dengan mata pelajaran sains yang dianggap kurang menarik.
Katanya, KPS sepatutnya untuk pelajar tahap menengah kerana istilah hipotesis, inferens, pembolehubah dan definisi operasi berkaitan dengan eksperimen dalam makmal.
"Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini adalah mengurangkan kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik di awal persekolahan, bagi menguatkan terlebih dahulu asas penguasaan membabitkan kedua-dua mata pelajaran tersebut.
"Diikuti dengan intervensi yang intensif kepada yang memerlukan serta pendekatan yang lebih kepada aktiviti hands-on (amalan atau praktikal).
Dr Othman Talib.
"Kementerian Pendidkkan (KPM) sepatutnya memperkenalkan KPS di peringkat menengah bukan di sekolah rendah.
"KPS yang sepatutnya menjadikan eksperimen sains yang menarik, bertukar kepada sesuatu yang sukar dan membosankan dengan apa yang disebut hipotesis, inferens, pembolehubah dan operasi definisi.
"Malah, KPS ini tidak dibuat oleh sekolah rendah di negara maju. Mata pelajaran Matematik pula mengandungi terlalu banyak di awal persekolahan, dan disukarkan dengan buku teks yang padat sehingga tidak selari dengan tahap kognitif majoriti murid," katanya kepada BH semalam.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kekurangan pelajar dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang didakwa menjadi antara punca kemerosotan kemasukan pelajar ke dalam program kejuruteraan di peringkat universiti seperti dilaporkan BH, baru-baru ini.
Mengulas mengenai STEM, Othman menuntut penjelasan apakah dimaksudkan 'bidang STEM' kerana ia tiada di sekolah.
Katanya, yang dimaksudkan adalah trend pelajar mengambil aliran Sains Tulen di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 didapati semakin menurun.
"STEM adalah akronim, bukan bidang. Di sekolah, mata pelajaran Sains Tulen iaitu Kimia, Fizik dan Biologi, disertai Matematik Tambahan adalah mata pelajaran yang membawa pelajar menceburi bidang profesional.
"Bidang profesional ini berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik seperti kerjaya kejuruteraan, sains komputer dan perubatan," katanya.
Kurikulum berfokus
Meneladani apa yang dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) berkait mata pelajaran Sains dan Matematik, Othman berkata, pendekatan mereka adalah kepada kurikulum berfokus pada pembelajaran berasaskan inkuiri, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah, bukannya angka-angka.
Di Malaysia, katanya, makmal sains di sekolah sejak sekian lama diketahui tidak mempunyai cukup bahan dan peralatan untuk menjalankan amali.
Katanya, amali diperlukan bagi menghidupkan konsep sains yang dipelajari dalam kelas, selari dengan menyuburkan minat dan motivasi pelajar.
"Fahami konsep fizik misalnya, peringkat rendah pelajar diperkenalkan dengan fenomena alam yang mudah seperti daya tarik graviti. Di peringkat menengah pelajar mula belajar konsep lebih kompleks seperti hukum Newton, mekanik, termodinamik, gelombang dan optik.
"Pada peringkat seterusnya, pelajar belajar elektromagnet, teori relatif dan mekanik kuantum yang memerlukan juga pengetahuan dalam matematik tambahan.
"Tanpa menguasai konsep fizik yang asas terlebih dahulu, serta keupayaan dalam menguasai konsep matematik, maka mata pelajaran Sains Tulen seperti Fizik akan menjadi sesuatu yang amat sukar kepada kebanyakan pelajar.
"Akhirnya mereka melarikan diri dari mata pelajaran Sains Tulen dan Matematik Tambahan. Sebaliknya jika masa yang cukup diperuntukkan sejak awal, aplikasi dilakukan melalui amali serta bantuan dan intervensi berterusan, mata pelajaran sains tulen boleh sahaja dikuasai lebih ramai pelajar," katanya.
Menyentuh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Othman berkata, ia menumpu perkembangan potensi individu pelajar, supaya mereka boleh memahami Sains dan Matematik bukan sahaja untuk tujuan akademik tetapi juga pengetahuan masa depan.
"Dalam mengembangkan potensi pelajar, maka akan tercungkillah mereka yang berbakat dalam Sains dan Matematik. Pelajar yang berbakat adalah mereka yang mempunyai minat dan keupayaan yang lebih tinggi untuk memahami dan menguasai kedua-dua mata pelajaran ini dengan lebih baik.
"Namun, dengan kurikulum yang padat serta peruntukkan masa yang tidak mencukupi untuk pelajar hadam apa yang dipelajari, bukan sahaja pelajar normal menghadapi kesukaran, pelajar berbakat pun ramai yang tenggelam," katanya.
Gagal kuasai konsep asas
Pensyarah Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Muhammad Nubli Abdul Wahab, turut sependapat antara faktor kelemahan pelajar dalam bidang matematik kerana tidak dapat menguasai konsep asas subjek itu.
Prof Dr Muhammad Nubli Abdul Wahab.
Katanya, dapatan itu diperoleh berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik UMP bertajuk 'Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar' yang diterbitkan dua tahun lalu.
Berkongsi dapatan kajian itu, beliau berkata, agihan soalan Matematik dalam Taksonomi Bloom lebih menyukarkan pelajar menguasai subjek berkenaan.
Taksonomi Bloom ialah satu set tiga model berhierarki yang digunakan untuk mengelaskan objektif pembelajaran pendidikan kepada aras kerumitan dan kekhususan.
Jelasnya, kombinasi soalan matematik yang merangkumi keseluruhan tajuk dalam silibus mengakibatkan keciciran dalam keseluruhan tajuk utama pembelajaran.
"Tinjauan dalam kalangan guru pakar juga mendapati pandangan yang sama dalam pembelajaran Matematik. Dapatan kajian menunjukkan tumpuan utama perlu diberikan kepada kefahaman konsep asas dan mempelbagaikan pendekatan pembelajaran matematik.
"Ini penting untuk membolehkan masalah keciciran dalam mata pelajaran Matematik boleh dikurangkan pada masa hadapan," katanya yang memetik hasil kajian itu.
Berdasarkan kajian terbabit, Muhammad Nubli berkata, apa boleh dirumuskan adalah masalah yang ketara dihadapi pelajar sekolah rendah luar bandar, yang lemah dalam menguasai fakta asas dan konsep utama dalam pembelajaran matematik.
Beliau berkata, punca kelemahan ini berpunca pelbagai dimensi termasuklah faktor keluarga, sekitaran, kemudahan dan faktor diri pelajar sendiri.
Tambahan pula, katanya kurikulum pembelajaran matematik yang terkini memberikan tumpuan terhadap aplikasi matematik dalam kehidupan seharian melalui kaedah pembelajaran berasaskan ayat turut menyumbang kepada kelemahan pelajar menguasai mata pelajaran ini.
Di samping itu juga, katanya pelajar yang lemah tidak faham soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) matematik menjadi antara faktor utama mereka lemah dalam subjek itu.
Jelasnya, ini kerana mereka tidak mengetahui kata kunci ataupun kehendak soalan tersebut kerana soalan KBAT selalunya memerlukan pelajar berfikir di luar kotak fikiran atau menyelesaikan soalan yang bukan rutin.
"Kaedah pembelajaran berasaskan ayat menyebabkan pelajar yang lemah membaca, bukan saja tidak meminati mata pelajaran ini, bahkan menyebabkan mereka terus jauh ketinggalan dalam mengikuti arus perdana pembelajaran dalam era digital abad ke-21.
"Untuk itu, guru memainkan peranan yang amat penting untuk menggunakan pelbagai pendekatan bagi membolehkan pelajar menguasai mata pelajaran ini.
"Usaha ini penting untuk membolehkan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran bahkan ia adalah usaha murni untuk membawa masyarakat luar bandar khasnya dalam kalangan pelajar sekolah untuk terus menikmati pembelajaran dalam arus perdana dan bersama melahirkan masyarakat sejahtera," katanya.
BERITA BERKAITAN
NASIONAL Apr 23, 2024 @ 4:52pm
Tak minat subjek STEM, negara akan hilang saintis Melayu dalam tempoh 15 tahun lagi
LAIN-LAIN (RENCANA) Jun 19, 2024 @ 2:07pm
Kelemahan subjek Matematik beri impak besar kepada negara
NASIONAL Mei 28, 2024 @ 3:54pm
SPM 2023: Trend pelajar mengambil mata pelajaran sains tulen menurun
https://www.bharian.com.my/berit ... ekolah-rendah-bosan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kombinasi soalan matematik yang merangkumi keseluruhan tajuk dalam silibus mengakibatkan keciciran dalam keseluruhan tajuk utama pembelajaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by DeluluMelulu at 20-7-2024 02:27 PM
Budak zaman sekarang sebahagian besarnya lemau!
Hei! Zaman dulu lagi susah kot, NAK CARI ILMU KENA GI SEKOLAH, PINJAM BUKU SAMPAI KOYAK. NAK BELI BUKU TAK MAMPU SEBAB DARI KELUARGA MISKIN, KASUT KOYAK, BAJU LUSUH, tapi sanggup belajar susah-susah sampai berjaya ke menara gading tau!
Sekarang, siibus padat pun dah meratib susah? Heh!!! Usahkan silibus padat, yang basic 3M pun tak boleh kuasai dengan baik!
BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG SEPATUTNYA LAGI UNTUNG! KO LAHIR-LAHIR DAH DALAM DULANG EMAS!!!!!! KALAU MALAS NAK GI SEKOLAH KERAJAAN, HAAAA BERLAMBAK CARA NAK DAPATKAN ILMU. PRIVATE TUTOR, SEKOLAH ANTARABANGSA UNTUK YANG KAYA TU! SIAP BOLEH BELAJAR DENGAN INTERNET LAGI DARI CHATGPT, MACAM-MACAMLAH!
TAPI APA YANG BUDAK ZAMAN SEKARANG BUAT??? HAAA, BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG SEKOLAH RENDAH KEMAIN YA MEMASING DAH ADA PHONE! DEMAND KEMAIN NAK IPHONE OVERRATED, OVERPRICED TU JER! Telefon Android taknak!Lepas tu, kerja ngadap phone je pandai! Tengok TikTok joget-joget bodoh tu, main game mcm ML sampai tengah malam, tu je yang kemarok hadap!
YANG PALING TONGONG, KECIK-KECIK SEKOLAH RENDAH DAH ADA APLIKASI DATING OMI BODOH TU, DA HELLLL KO KECIK-KECIK NAK BERCINTA-CINTUN? PATUTLAH PEDO SUKA TERSENYUM RIANG, MAKIN BANYAK KES BAWAH UMUR NI!!!!!!
Bila belajar susah sikit, mulalah sakit kepala! Bila belajar susah sikit, mulalah ugut-ugut depression ATAS NAMA MENTAL HEALTH!
Lepas tu masing-masing zaman sekarang mengidolakan KPOOP!
Lepas tu dah semakin ramai taknak ambil SPM, result SPM 9G HAUKKKK NAK MAMPOS PUN KEMAIN BANGGA TAYANG SEANTERO DUNIA MAYA sambil meratib, gagal pun mampu kaya! Lepas tu mempengaruhi orang lain taknak sambung belajar, ramai bercita-cita nak jadi influenzah giler glamour!
APOOOOOOO?!!!!!!
Inilah bahanya bila kononnnn nak jadikan pembelajaran kenalah FUN KATANYA! NAK sangat nak ikut negara Eropah sana, meratib sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan! Terlampau nak pembelajaran menyeronokkan sangat!!, tapi, basic 3M hancur???
|
|
|
|
|
|
|
|
Mencongak pun gagal.rela amik kalkulatorr dr congak padahal 17+5 je pun |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku suka subject science and maths ok???! Dia siap belek2 encyclopedia etc sbb curious nak belajo science etc |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously deyols dah bljr hipotesis etc tu semua masa primary??? Apa yg guru skolah rendah tu buat? Weols kat secondary pening kepala bila ada sampai hampir 1 kelas masih xpandai membaca. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak aku kenal promp chat gpt, aku rasa dah boleh ajar subjek anak aku kat rumah
technology never replace great teachers but in the hands of great teachers.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke? Aku tak rasa ni kata² budak sekolah rendah. Dorang ni je kot buat assumption sendiri. Dah lah sains keluar kelas masuk lab. Lepastu tak sabar nak buat experiment tau.. sedangkan berjaya jadikan kacang hijau ke taugeh pon dah excited. Ke cikgu yg tak reti nak create new skill bagi pelajar² ni excited. Cikgu garang pon buat pelajar tak happy |
|
|
|
|
|
|
|
Chatgpt yang berbadan fizikal kelak bakal menggantikan cikgu2 ni
Tapi cikgu2 jangan risau.. nanti korang takyah mengajar dah tapi boleh la fokus jual nasi lemak, coway etc |
|
|
|
|
|
|
|
Memang susah pun, advance sgt - kita yg adult nak mengajar pun pening kepala, darjah 6 dah disuruh kira premium insurans |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 20-7-2024 07:02 AM
belilies replied at 20-7-2024 06:16 AM
Seriously deyols dah bljr hipotesis etc tu semua masa primary??? Apa yg guru skolah rendah tu buat? ...
Hapo lagik, duk lek2 goyang kaki tak buat hapa2 program. Mentang2 UPSR dah tadak. Sorry yach jika terasa tapi daerah aiol pun sama - apa bodoh masuk Form 1, tanda baca, mengeja segala gagal total? WTF bebudak tu buat kat SK selama 6 tahun? Aiol dah pernah suarakan hal ni kat PPD. Tapi biasa la blame game ni. Weol salahkan SK, guru2 SK salahkan guru2 prasekolah. Hoh.
Aiol hada beli buku darjah 4 huntok ajo bebudak Form 2 aiol yang 0, total 0 tuh. Ropanya bab email writing / short message communication (ni dalam SPM hada diuji dalam Paper 2, Part 1), tu DARI DARJAH AMPAT @ 4 DAH BLAJA! TAPI PI SMK MACAM TAK TAU HAPA2, CHOOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII |
|
|
|
|
|
|
|
Lagik satu,
nak komplen bebudak susah blaja STEM. Yang kau KPM bodoh nak mampus kurangkan masa subjek STEM kenapa? Bodoh kau sana! Contohnya la, kat SJKC, masa belaja Sains Tahap 1 cuma 4 masa, Maths pula 6 masa, tapi BM sampai 10 masa? Kat SK pula, BM 10 masa, Sains 3 masa, Maths 6 masa??!!!! Kenapa sangat tidak balanceeeee???!!!!!
Pehtu bebudak tu masuk SMK, bodo2 blaka basic STEM tak kuad! |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-7-2024 03:00 PM
Hapo lagik, duk lek2 goyang kaki tak buat hapa2 program. Mentang2 UPSR dah tadak. Sorry yach jika ...
Patutnya wujudkan balik upsr tu bagi guru SR rasa lenggang kaki je keje. Ppd iols sini asal carik ajk, mesti SM yg kene, pastu yg SR pandai komplen banyak keje. Padahal SR bersepah je setiap ppd. Skrg ni bebudak xpandai membaca, weols pulak yg kene buat intervensi. Kat swk ni pun dah nak buat upsr n pt3 sendiri, xtahu nak implemen bila. Cubalah buat utk upsr saja. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 20-7-2024 02:48 PM
Chatgpt yang berbadan fizikal kelak bakal menggantikan cikgu2 ni
Tapi cikgu2 jangan risau.. nanti k ...
aku dah planning nk ambil muet belajar guna Ai seperti chatgpt, writing essay, duolingo etc nie
|
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 20-7-2024 02:16 PM
Seriously deyols dah bljr hipotesis etc tu semua masa primary??? Apa yg guru skolah rendah tu buat? ...
Ye...bila masuk darjah 4 dah belakjar hypothesis..pastu belajar pemboleh ubas boleh paras, pemboleh ubah bertindak balas, pemalar |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 20-7-2024 02:16 PM
Seriously deyols dah bljr hipotesis etc tu semua masa primary??? Apa yg guru skolah rendah tu buat? ...
Siyes lah 1 kelas xleh baca. Ke bdk2 ni hadapi maslaah pembelajaran mcm lembam ke atau dyslexia. Cuma mak pak tak pegi jumpa pakar dan tempatkan ank kat aliran perdana.
Mcm kwn meols ank dia dyslexia patu ada adhd. Dia bwk pi terapi patu jumpa pakar. Ujung2 ank dia boleh dah buat karangan 50 patah perkataan dpt 4/5, salah eja 1 perkataan je (meols pinjam kertas exam utk ank meols. Skrg form 1, msuk ppki. Cemerlang wakil negeri.
Ye skrg subjek sains kene bljar hipotesis n buat inferens utk experimen. Bagi meols sebenarnya okay je kalau konsisten buat latihan setiap hari. Utk 1 subjek tak ckup 1 buku latihan. Kene kurang2 6 bijik utk mahir sains. Buat ulang2 soalan sains. |
|
|
|
|
|
|
|
"Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini adalah mengurangkan kandungan mata pelajaran Sains dan Matematik di awal persekolahan, bagi menguatkan terlebih dahulu asas penguasaan membabitkan kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Bodohnya orang yang buat dasar, nafsu kuat nak semua tetapi akhirnya huruharakan pendidikan negara...
Baca artikel diatas ... meleret-leret, berbelit-belit masalah disebabkan dasar kssm.. entah manusia manalah yang rangka dasar ini.. tu belum lagi dasar pbd ganti peperiksaan...mesti ada lagi policy yg jd faktor ttp tersembunyi
Ni mesti sebab silibes kssm. Sejak diperkenalkan dihentam kiri kanan depan belakang oleh ramai pihak selepas beberapa tahun diperkenalkan...bukan sahaja menyumbang kpd masalah asas pembelajaran, sekolah rendah komplain sekolah menengah komplain.. malah melarat pulak kepada jadi salah satu faktor orang tak nak ambik stem.. kah kah kah
.. tp to be fair, salah satu sbb orang tak nak ambik stem zaman sekrang ialah peluang kerja... kpm pun tak berani sebut perkara ini sbb dia sendiri mati kutu |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 20-7-2024 03:45 PM
aku dah planning nk ambil muet belajar guna Ai seperti chatgpt, writing essay, duolingo etc nie
Memang kena start planning nak ganti semuanya ke chatgpt untuk servis zahir dan batin |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|