View: 10186|Reply: 50
|
[Tempatan]
Kuala Lumpur di tangga ke-13 pemandangan bandar terindah dunia
[Copy link]
|
|
NASIONAL
Kuala Lumpur di tangga ke-13 pemandangan bandar terindah dunia
Oleh Fahmy A Rosli
[email protected]
Julai 2, 2024 @ 4:38pm
Kuala Lumpur di tangga ke-13 pemandangan bandar terindah dunia. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur menduduki tangga ke-13 pemandangan bandar paling indah di dunia.
Pengiktirafan itu dikongsi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, di platform X beliau yang memetik grafik diterbitkan majalah antarabangsa Architectural Digest.
Beliau bangga dengan pengiktirafan itu apabila memperakui rekaan seni bina di negara ini yang turut mengadaptasi pelbagai budaya Malaysia dengan teknologi hijau.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan agar ciri-ciri itu boleh diketengah sebagai garis panduan dalam perancangan bandar pada masa akan datang.
Kuala Lumpur menduduki tangga ke-13 pemandangan bandar paling indah di seluruh dunia. Senibina yang bercirikan budaya Malaysia yang pelbagai dan teknologi hijau wajar dijadikan halatuju baru dlm perancangan perbandaran kita - Nga Kor Meng.
"Seni bina yang bercirikan budaya Malaysia yang pelbagai dan teknologi hijau wajar dijadikan hala tuju baharu dalam perancangan bandar kita," katanya hari ini.
Mengikut kedudukan yang diterbitkan portal antarabangsa itu, Manhattan berada di kedudukan pertama, disusuli Hong Kong, Chicago, Dubai, Tokyo, Perth, Sydney dan Shanghai.
Ia diikuti Singapura, Bangkok, Tianjin dan Panama City, Kuala Lumpur, Milwaukee, Auckland dan Toronto.
Artikel diterbitkan portal berkenaan menyifatkan pemilihan Kuala Lumpur bukan saja mengambil kira ketinggian Menara Berkembar PETRONAS tetapi ciri-ciri seni bina unik yang ada pada mercu tanda Malaysia.
Menurut Architectural Digest, Menara Berkembar PETRONAS yang direka oleh Cesar Pelli, menggembleng acuan seni bina gaya pasca moden dan diinspirasi daripada seni bina Islam.
Ditambah dengan latar belakang langit Kuala Lumpur mengindahkan lagi pemandangan menara yang menjadi mercu tanda negara ini.
Menara Berkembar PETRONAS bukan satu-satunya bangunan pencakar langit di ibu kota kerana kota metropolitan ini turut mempunyai 241 bangunan pencakar langit termasuk Merdeka 118 yang tersenarai bangunan kedua tertinggi dunia.
https://www.bharian.com.my/berit ... ndar-terindah-dunia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 2-7-2024 08:22 PM
Kuala Lumpur, Malaysia
Petronas Towers designed by César Pelli in Kuala Lumpur are the tallest twin towers in the world. Designed in a postmodern style and drawing inspiration from Islamic architecture, the mirror sky-highs are defining additions of the Kuala Lumpur skyline. Of course, they’re not the only ones, the city has 241 skyscrapers including Merdeka 118, the second tallest building in the world.
https://www.architecturaldigest. ... ylines-in-the-world
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangkok dan Singapore?? Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Musti Singaporn ngan Bangkok atas KL. Huh. |
|
|
|
|
|
|
|
Part ni kena terima kasih kat Atuk M Tun Det vampire umo dekat 100 pun badan masih tegap. |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 2-7-2024 12:19 PM
Kuala Lumpur, Malaysia
Petronas Towers designed by César Pelli in Kuala Lumpur are the talles ...
Aik, meols thought Petro Tower 100% bumis yang designed? Ka tu KL Tower? Or Putrajaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sampai dah tak tau nama² kondo baru naik kat kl ni..sky awani je dah berapa byk, belum nama² kondo lain yang tergeliat lidah nak sebut |
|
|
|
|
|
|
|
Meols suka tengok pemandangan waktu malam. Dengan lampu2 bergemerlapan |
|
|
|
|
|
|
|
night time la paling best dgn lampu merlip merlap. but Bangkok? |
|
|
|
|
|
|
|
Camne deme buat undian? Skyline bangkok ada apa? |
|
|
|
|
|
|
|
ranking merapu apa ni ?? takkan skyline bandar low class mcm Bangkok lebih cantik dari Seattle dan Toronto ?? sexpat mat salleh tua mana la yg buat ranking ni...and where is San Francisco ?? it should rank first imo...
my top 3 picks :
1.San Francisco
2.Bern
3.KL
|
|
|
|
|
|
|
|
This is about skyline (i.e. tengok dari jauh) kan? Bukan dulu KL pernah top ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-7-2024 11:29 PM
Part ni kena terima kasih kat Atuk M Tun Det vampire umo dekat 100 pun badan masih tegap.
Setuju malaysia kena byk berterima kasih kat tun..x usah lah nak menafikan lagi wpun benci skali pun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 4-7-2024 07:49 AM
Ada-ada saja .... bayangkan Beijing, Shanghai, Dubai, Paris, Tokyo, Geneva, Capetown, Kyoto, Lisboa, Budapest, St Petersburg, Sevilla, Bergen Norway, Roma .... etc etc X masuk dalam list itu ..... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin because of this view? tapi masih tak lawan Sydney la bagi aku
|
|
|
|
|
|
|
| |
|