CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5056|Reply: 0

[Johor] Maqis gagalkan cubaan seludup ikan hidup ke Singapura

[Copy link]
Post time 3-7-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode


kan hidup yang dirampas Maqis Johor dalam pemeriksaan di Kompleks Sultan Abu Bakar, semalam. FOTO IHSAN MAQIS

Iskandar Puteri: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan sebuah lori yang membawa keluar satu tong berisi ikan hidup ke Singapura.

Pengarah Maqis Johor Edie Putra Md Yusof berkata, ia hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguatkuasanya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini, pada 3.45 petang semalam.

"Hasil pemeriksaan menemukan lebih kurang enam kilogram (kg) ikan kerapu, ikan merah (6 kg) dan empat kilogram ikan jenahak dianggarkan bernilai RM745.

"Kesemua ikan itu diletakkan dalam satu tong bercampur yang disorok di celah-celah tong lain berisi ikan sejuk beku.

"Tong ikan hidup itu cuba dibawa keluar tanpa permit eksport Maqis di laluan lori eksport.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ikan hidup berkenaan cuba dibawa keluar tanpa sebarang pengikraran yang betul dan ditahan untuk tindakan lanjut.

"Pemandu lori dan kelindan masing-masing berusia 24 dan 22 tahun sudah dibebaskan selepas diambil keterangan dan siasatan lanjut dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Edie Putra, perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit eksport Maqis adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang keluar dari dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.174012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list