CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5367|Reply: 0

[Johor] 'Saya tidak menipu jual durian, cadang ambil tindakan undang-undang'

[Copy link]
Post time 3-7-2024 10:00 AM | Show all posts |Read mode


GERAI durian milik Lim di Taman Johor Jaya. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Pemilik gerai durian di Jalan Dedap 15, Taman Johor Jaya di sini, menafikan memperdaya pelanggan dengan tawaran bufet durian serendah RM30 yang tidak wujud sebagaimana yang ditularkan di media sosial.

Dia yang dikenali sebagai Lim, 41, menolak dakwaan itu dan menjelaskan gerainya memang ada menawarkan dua jenis bufet iaitu RM30 dan RM60, tetapi dalam jumlah terhad.

"Pelanggan boleh memilih bufet ditawarkan mulai 2 petang. Bagi bufet RM30, kami menawarkan durian kampung, manakala bagi bufet RM60, pelanggan untuk beberapa jenis durian.

"Bayaran separuh harga dikenakan bagi kanak-kanak enam hingga 12 tahun, manakala kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan warga emas berusia lebih 65 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran," katanya ketika ditemui hari ini.

Baru-baru ini, tular hantaran di media sosial mendakwa kain rentang promosi bufet durian kampung RM30 tidak wujud di gerai milik Lim itu, sebaliknya tawaran bufet yang ada hanya berharga RM60 dan RM80.

Individu membuat hantaran terbabit juga mendakwa promosi itu menipu pengguna kerana sudah empat hari ke premis terbabit untuk bertanyakan promosi berkenaan, tetapi sudah tiada.

Menjawab hantaran tular itu, Lim berkata, individu berkenaan menyatakan mengunjungi gerainya pada 11 pagi, kebiasaannya pada waktu berkenaan, bufet masih belum dibuka.

"Saya sudah menjual durian sejak 14 tahun lalu, namun dakwaan memperdaya pelanggan itu menjejaskan nama saya, termasuk dalam kalangan pelancong Singapura," katanya.

Mengenai pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) kelmarin, Lim mengakui akur dengan tindakan pihak berkuasa.

"Sekiranya bersalah, mungkin saya tidak dibenarkan beroperasi lagi, namun sehingga kini saya masih beroperasi.

"Saya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tularkan maklumat palsu berkenaan," katanya.

Menerusi pemeriksaan dijalankan di gerai durian berkenaan, KPDN menyatakan alat timbang digunakan peniaga itu masih dalam tempoh sah dan tanda harga jelas pada barangan dijual.

KPDN juga memberi nasihat kepada pemilik premis berhubung iklan promosi yang jelas dan tidak mengelirukan.

Iklan perlu mempunyai butiran promosi jualan sah sehingga bila atau mempunyai had pelanggan, contohnya promosi 30 per pek untuk 50 keluarga terawal atau tempoh masa tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.082405 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list