View: 10472|Reply: 4
|
[Politik]
Peserta sukan menipu perlu disenarai hitam - Exco Johor
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 11-7-2024 09:08 AM
Peserta sukan menipu perlu disenarai hitam - Exco Johor
Diterbitkan: Jul 10, 2024 9:02 PM
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Exco Belia dan Sukan Johor Hairi Mad Shah meminta pihak penganjur acara sukan untuk menyenarai hitam peserta yang tidak jujur dalam pertandingan.
Ini selepas timbul pertikaian apabila Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya naik ke podium sebagai pemenang tempat ketiga dalam satu acara triatlon di Desaru, Sabtu lalu.
"Antara dakwaan yang dipersoalkan menerusi komen-komen di media sosial adalah isu teknikal yang menimbulkan persoalan dan keraguan ramai komuniti sukan itu," katanya pada satu kenyataan hari ini.
"Saya mengambil serius perkara ini dan meminta mana-mana pihak penganjur atau acara pertandingan sukan, khususnya acara besar dan bertaraf antarabangsa untuk menyenarai hitam peserta-peserta yang terbukti melakukan penipuan dalam pertandingan.
Exco Belia dan Sukan Johor Hairi Mad Shah
"Ini bagi memastikan kredibiliti penganjuran acara berkenaan tidak terjejas oleh insiden-insiden seperti ini, dan pada masa sama kerajaan negeri Johor yang menyokong acara seperti ini juga boleh terpalit sama dengan dakwaan atau isu integriti pengadilan dalam penganjuran sukan," katanya lagi.
Kata Hairi lagi, pihaknya sudah membuat semakan dengan penganjur acara yang disertai bekas presiden Muda itu.
“Menurut pihak penganjur 113 Triathlon Desaru 2024, Syed Saddiq dikatakan tidak membuat pusingan U mengikut laluan ditetapkan dan penyertaan Ahli Parlimen Muar itu diisytihar sebagai DNF (Did Not Finish),” katanya.
Tegas Hairi, semua penggiat dan penggerak komuniti sukan perlu memastikan perkara ini tidak berulang bagi meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.
Tiada kompromi isu integriti
Jelasnya, imej kerajaan negeri juga terpalit apabila insiden seperti ini berlaku.
“Saya tidak mempunyai masalah berkenaan penyertaan dan kebolehan mana-mana pihak untuk menyertai sebarang acara sukan khususnya yang dianjurkan di Johor.
“Namun sekali lagi saya ingin tegaskan, isu integriti dan penipuan adalah satu perkara yang serius dan tidak akan diberikan kompromi,” tegasnya.
Minggu lalu, kemenangan Syed Saddiq di tempat ketiga dipersoal dengan dakwaan berlakunya penipuan dalam acara perlumbaan basikal, seterusnya merampas hak kemenangan peserta yang layak.
Syed Saddiq menafikan perkara itu melalui satu hantaran video dengan menjelaskan telah membuat semakan dengan pasukan teknikal perlumbaan apabila menyedari dia menamatkan perlumbaan lebih awal.
Pertikaian muncul apabila Syed Saddiq mengongsikan gambarnya ketika menyertai acara itu - yang merangkumi larian 131km, renang 2.25km, basikal 90km dan larian 21.1km - dan menyuarakan rasa bangga apabila dapat menamatkannya dengan catatan masa lima jam dan 44 minit.
Seorang pengguna Instagram kemudian mendakwa bekas menteri itu melengkapkan perlumbaan basikal dengan hanya dua pusingan (60km) dan tidak melengkapkan keseluruhan tiga pusingan sejauh 90km.
Bagaimanapun, pada hari ini, Syed Saddiq sekali lagi memuat naik sebuah video menyatakan permohonan maaf kerana berlakunya kesilapan dalam acara itu, menyebabkan kemenangannya kini berstatus DNF (tidak tamat) dan tempatnya digantikan dengan peserta bernombor 107, Adam Syahmi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, pada hari ini, Syed Saddiq sekali lagi memuat naik sebuah video menyatakan permohonan maaf kerana berlakunya kesilapan dalam acara itu, menyebabkan kemenangannya kini berstatus DNF (tidak tamat) dan tempatnya digantikan dengan peserta bernombor 107, Adam Syahmi.
so, it's true lah
|
|
|
|
|
|
|
|
laa.. aku baru nak puji syed hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
marathon pun tipu inikan pulak bab duit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|