CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21263|Reply: 0

[Johor] Anggota polis trafik cedera dilanggar pemandu mabuk

[Copy link]
Post time 15-7-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode

Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini, hari ini. FOTO Ihsan Pembaca


Johor Bahru : Seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 7.05 pagi itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan yang berusia 30-an itu sedang mengawal aliran trafik selepas berlaku satu kemalangan di lokasi terbabit.

"Kemalangan berlaku ketika mangsa sedang membuat kawalan lalu lintas berikutan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan menghala ke Permas Jaya.

"Ketika proses penundaan dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna Perak dari arah belakang mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan sebelum melambung dan terjatuh di tengah jalan.

Menurutnya, mangsa patah tulang pinggul sebelah kiri, luka di muka dan dagu selain luka di bahagian tangan kanan.

Manakala, katanya, pemandu kereta berkenaan yang berusia 30-an pula luka pada tangan sebelah kiri.

"Hasil ujian pernafasan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dalam darah, manakala hasil ujian saringan awal air kencing mendapatinya negatif dadah," jelasnya.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol.

"Kita memohon saksi awam yang melihat kemalangan itu supaya tampil ke balai trafik IPD Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014-6977122," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.556013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list