CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25099|Reply: 0

[Johor] Penganggur terlepas hukuman gantung, dipenjara 38 tahun

[Copy link]
Post time 18-7-2024 09:20 AM | Show all posts |Read mode



Johor Bahru: Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini, hari ini mengetepikan hukuman gantung ke atas seorang penganggur yang didapati bersalah cuba membunuh teman wanitanya dan menyebabkan mangsa cedera parah akibat disimbah cuka getah pada 2010.


Keputusan itu dibuat barisan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah di sini, hari ini.

Hukuman ke atas Habin Noor Sulaiman, 56, kemudian digantikan dengan hukuman penjara selama 38 tahun kuat kuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 16 Disember 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi membantah semakan permohonan Habin Noor kerana mangsa ketika kejadian hamil, sekali gus pemohon telah membunuh dua nyawa.

"Mangsa bukan saja ditikam berkali-kali tetapi turut disimbah cuka getah di kepalanya menyebabkan 68 peratus kulit tubuhnya rosak menyebabkan peluang untuk hidup tipis.

"Mangsa meninggal dunia selepas 21 hari di hospital, membuktikan dia menanggung kesakitan dan penderitaan sepanjang tempoh itu," hujahnya.

Peguam Muhammad Abd Kadir yang mewakili tertuduh ketika ditemui di luar mahkamah pula memberitahu, dalam prosiding itu, beliau berhujah bahawa anak guamnya menjalani hukuman 19 tahun penjara serta lapan sebatan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa.

"Di peringkat awal, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan sebelum mangsa meninggal dunia. Dia sudah pun menjalani hukuman penjara itu," katanya.

Pada 3 Januari 2011, Habin Noor dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi selepas mengaku bersalah cuba membunuh Nur Ain Ashikin Jemedi berusia 17 tahun ketika kejadian dengan menggunakan pisau.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara 17 tahun kerana menyimbah cuka getah sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan Habin Noor di Jalan Cemara 2, Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi pada 16 Disember 2010.

Pada 2 Julai 2011, Habin Noor bukan saja gagal dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman penjara dan mengetepikan hukuman sebatan itu, malah ditambah lagi dua tahun penjara bagi kesalahan cubaan membunuh.

Cubaan permohonan rayuan mengurangkan hukuman diteruskan Habin Noor, namun pada 11 April 2013 dia dihukum penjara 23 tahun selepas pendakwaan terhadapnya dipinda ke Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Pada 16 Oktober 2014, sekali lagi Habin Noor gagal dalam rayuannya, malah Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pada 22 Mac 2016, Habin Noor gagal lagi dalam rayuannya dan Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.170609 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list