lemak manis, santan kelapa muda, kakak jangan nangis, abang kita banyak kerja.”
Kita dengar, kita baca, kita diajar untuk menerima keadaannya. Poligami itu normal, sama ada kita setuju ataupun tidak; tapi seringkali kita hanya mendengar pendapat lelaki. Apakah hakikatnya bagi seorang madu dalam dunia moden ini di mana hak wanita, walau hanya dari segi… prinsip, adalah sama rata dengan lelaki?
Bagaimanakah hidup seorang madu yang perlu redha apabila suami yang dia cinta sepenuh hati, tidak mengotakan janji sehidup semati? Dan bagaimana kedua-dua madu mampu tinggal sebumbung, walau mereka jauh berbeza tetapi berkongsi kasih lelaki yang sama? Adakah mereka rasa berkuasa? Atau dihina? Atau mungkin mereka ini unik, dan kita tidak mampu memahaminya, seperti mereka sendiri yang juga tidak pasti?
Madu II karya Alfian Sa’at lebih daripada sebuah naskah teater, atau ulasan tentang masyarakat, atau pendapatnya tentang hal ini, dan watak-wataknya bukanlah kajian semata-mata. Madu II menceritakan tentang harapan yang rahsia, impian yang terkecai, kebahagiaan yang terkubur- dan kemanusiaan yang jujur- oleh ramai wanita yang bermadu. Ia menakjubkan dan juga menyayat hati, lantang dengan jenaka, kesedihan dan kemarahannya.