View: 31241|Reply: 97
|
[Tempatan]
Update: Ada yang menjumpai anak lipas dan rambut di dalam makanan yang dibeli di kantin sebaliknya Kiosk Lebih Murah Dan Bersih’ – Pelajar Pertahankan Cikgu Jual Pelbagai Makanan Di Sekolah
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 19-7-2024 11:48 AM
Semalam tular di media sosial berhubung sebuah video yang memperlihatkan seorang pengusaha kantin ‘menyerang’ guru yang menjual pelbagai juadah makanan di kiosk sekolah pada setiap hari.
Kita sudah mendengar luahan dari sisi pengusaha kantin, kini giliran pelajar pula mempertahankan pendidiknya dengan mendedahkan realiti sebenar mengapa mereka lebih selesa beli di kiosk berbanding di kantin.
Memetik OhMedia, mereka berkongsi beberapa tangkap layar berkaitan individu yang dipercayai pelajar sekolah berkenaan dengan meluahkan punca kantin tidak dapat sambutan daripada pelajar dan lebih selesa beli di kiosk yang dikendalikan oleh cikgu.
Bukan sahaja makanan tidak sedap, pelajar turut mendakwa makanan yang dijual dengan harga mahal dan tidak berkualiti.
Dalam pada itu, individu itu berkata kebersihan kantin juga tidak memuaskan sekaligus membuatkan pelajar hilang selera makan. Lebih teruk lagi, mereka berkongsi ada yang menjumpai anak lipas dan rambut di dalam makanan yang dibeli.
Pelajar turut mendakwa pengusaha kantin bersikap kedekut dan berkira dengan pelajar sekaligus timbul rasa kurang selesa
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi guru di sekolah atas sebab menjual makanan
Ada yang mendedahkan bahawa mereka mengalami keracunan makanan selepas makan juadah yang dijual oleh pengusaha kantin tersebut.
Oleh sebab itulah mereka pilih untuk mengelak atau dalam istilah lain memboikot kantin dek kerana serik dengan layanan dan makanan yang ditawarkan daripada pengusaha kantin terbabit.
Murah dan Bersih
Sementara sebab mereka lebih selesa membeli di kiosk yang dikendalikan oleh pendidik kerana jauh lebih bersih dan yang paling penting harga mampu milik.
Difahamkan kiosk itu di bawah Program Tunas Niaga (Protune) untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah.
Selain itu, petugas di kiosk berkenaan juga terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan mereka mendapat bayaran tertentu manakala cikgu tak menerima sebarang bayaran pun.
_------_-------++----------
Dakwa guru sekolah jual makanan
Menerusi video tersebut, difahamkan seorang mak cik kantin telah menegur guru di situ atas tindakan menjual makanan.
Dapat dilihat pelbagai seleksi makanan dijual. Mungkin kerana harganya yang agak murah telah memberikan saingan sengit kepada mak cik kantin berkenaan.
Namun, ada juga yang mendakwa penjualan makanan tersebut seperti diniaga oleh koperasi sekolah dan bukannya guru itu sendiri.
Dalam masa itu, wanita berkenaan turut meluahkan kekecewaan dengan ‘saingan’ yang diberikan oleh pendidik walhal sekolah sudah menyediakan kantin untuk pelajar membeli makanan dan minuman.
“Saya diam bukannya saya tak ni, tapi saya malas nak ni dengan cikgu. Tapi cikgu buat lagi macam ni. Dorang ni semua buat ada suntikan ke?,” soalnya kepada pelajar dan cikgu yang mengendalikan perniagaan tersebut.
Guru itu kemudian menjawab makanan itu dijual kerana berlansungnya hari sukan di sekolah. Namun, makcik kantin, menepis jawapan itu dengan mendedahkan dia sentiasa melihat makanan itu dijual pada setiap hari.
Mak cik kantin sekali lagi mempersoalkan tindakan itu kerana ada pekeliling menyatakan guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan dalam waktu persekolahan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dolu sekolah rendah iols, guru hanya jual makanan pada hari sabtu je..iaitu hari kokurikulum sebab kantin mmg tak buka...
So guru2 sakan menjual.jajan nasi lemak bagai..
Weols sama memeriahkan dgn membeli itu ini..hahaha
Skang koku sekolah kebangsaan hari rabu kan..
Sjkc je buat hari sabtu |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat iols jangan lah kacau makcik kantin
Dia bayo sewa situ .bior lah dia je yang jual makanan
Kalau kena keracunan..senang nak hambur dia je...takde lah susah2 nak cari xikgu mana jual makanan tercemar |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-7-2024 07:16 AM
Pada pendapat iols jangan lah kacau makcik kantin
Dia bayo sewa situ .bior lah dia je yang jual maka ...
Iye saya pon setuju dgn u. Makcik kantin ni hari2 mana ada kastemer lain. Budak sekolah yg jumlah dia boleh kata tetap byk tu je dgn cecikgu. Tolak pulak budak yg bwk bekal sendiri dr rumah. Cikgu pon kadang ade yg bwk bekal. Biar la dia nak niaga. Dah tender dpt kat dia. Jgn la dikacau. Klu nak suruh makcik kantin tu pelbagaikan menu ke ape ke bg tau la bincang elok2. Hari sukan tu kalau nak niaga lain la. Beria naa cikgu2 bgn pagi2 masak mcm2 nak menjual. Ringkasan mengajar dah buat ke belum? Ni dah mcm bukak food court pulak tak nak beli sini jom kita beli sana. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg last laa makcik tu dapat tender kantin tu...
org kata kalau x gu ngan cikgu..paling lama 2 kali jer bertahan dapat job..pastu mesti x sambung dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissVixen at 19-7-2024 11:43 PM
Kecik sangat ke gaji cikgu sampai berjualan sana sini?Komen aku termasuk aktiviti cikgu yang berniaga dalam bilik guru. Jual tupperware, jual produk kecantikan etc. Rasanya macam2 elaun dapat. Jangan sibuk berniaga sampai ganggu kerja hakiki macam cikgu aku dah le.
Ramai juga cikgu2 dalam forum sentap bila orang persoalkan aktiviti bilik guru tu.
Kalau acik kantin bermasalah, pentadbir sekolah boleh batalkan kontrak dia. Pot pet pot pet tapi ambil lagi acik yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu kalau nak sgt niaga. Cikgu resign je la pastu masuk tender acik kantin
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiber aku rase nk mkn mee kantin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke katanya sebenarnya aktiviti koku yg menjual pun students duit pun balik ke students. Pastu students situ ramai ckp the food is better than acik kantin yg kotor and harga yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skola dulu ada makcik tu masak laksa yg sodap
campur dgn sambal tumis bilis sisa2 sesi pagi
kira lunch sementara tunggu kelas tambahan ptg
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh sekarang ni bukan ke ramai yang kata gaji cikgu dah banyak?
Sekolah menengah aiols dulu ada makcik jual ayam goreng peh sedap mengalahkan kedai franchise tu. Hari2 aiols and besties baham seketul sorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Skop cikgu tu kat sekolah nak mengajar ke meniaga..? |
|
|
|
|
|
|
|
buat la camtu esok2 sapa pun takmo masuk tender sekolah masaklah cikgu2 kena rotate jd macit kantin pening cikgu besaq dok rayu macit kantin lama bkn tak pernah jadi pun
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb mmg ada...
pernah baca komen nitezen kes yang ada pengusaha kantin buat lawa2 tu.. then ada yg komen..membazir jer tuan, diorg bukan hargai pun..hujung2 x gu ngan cikgu2..kontrak x sambung... x sempat pulang modal cantikkan kantin ala2 kafe hipter gitu...
ni berdasarkan apa yang dikomen..
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti makcik kantin masak tak sedap
acik kantin sekolah ku
1. masak lauk pauk kat kantin sampai kena buat round ke 2 utk cgu2 sesi petang. sebab yg masak pagi semua cgu pagi dah tapau.. balik skolah pkl 3 tkde dah lauk lunch kat kedai. jadi walau caj harga restoran, tkpe. cgu beli jugek sbb sedap dan kita tak boleh keluar ke pasar pun.
2. budak2 besar ni dah kerja, depa pun mkn jugek lauk pauk yg dimasak utk kantin cgu. kdg2 ada klas abis lambat,. tak nk mkn kt dining hall, budak order mcm2 makanan, nasik paprik tomyung kung, ladna.. sama mcm kedai gak.
3. vendor yg antor kuih muih tu mmg taraf food panda.. tidak ler asyik karipap kosong.ada hari tertentu.. roti canai day.. budak pun beratur nk mkn.
4. kantin kita selalu amik order dari PPD.. tiap2 hari ada je antor ke PPD.. sebab dia ada apps apa ntah senang byr sebab skrg takde byr tunai.. LO kot.
5. kantin jugek merangkap meniaga katering.. dikantin itu laa depa masak utk kenduri pd hari sabtu/ahad sebab jarak sekolah kita kat pekan jadi senang laa tk yag sewa kedai lagi.
jadik acik kantin kita tak boleh komplen ler. kena sedia tolak ansur. dan yg penting jaga kebersihan premis kantin sebab org kesihatan selalu dtg.
oh ya.. org kantin kita org muda.. senang bincang..
ni yg susah kot org tua.. tak nk terima teguran.. kantin pun tak ceria..
biar kita sekolah kampung tp kita ada asrama yg muridnya outsiders dari KL dll
murid pun ramai.. 1900++ |
|
|
|
|
|
|
|
Acik ni masak x sedap ni.
Kalau sedap x mungkin bisnes dia tergugat.
Boleh ja dia nk mengadu mcm ni tp makin org meluat la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kantin byk buat untung dgn RMT la. Tak caya Cuba tanya kawan2 cikgu korang. Kalau sekolah yg ramai budak RMT, sampai ratus ribu peruntukan yg turun Tiap2 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah ramai komplen dan semua dari pljr situ faham sendiri la mmg hazabedah la tu makanan+kebersihan. bdk akan cari makanan yg sedap koser nak membazir duit beli makanan dah la tak sedap, kotor plak tu.
lagi satu dlm komen2 tu ckp bkn cikgu2 yg meniaga pun, kan tu kelab punya. pastu bakery ppki ni normal la sbb mmg ppki ada kelas masakan dlm silibus depa beserta bengkel beso gabak so buat roti byk2 jual la kat stdnt situ, dpt gak la ppki tu duit.
bersaing cara sihat dah tu cuma bila jualan tak laku mula la tuding jari kat org |
|
|
|
|
|
|
|
pengetua buat apa ya? nampak byk complain from students tu. ada apa2 ka? ada satu skolah tu, cikgu n studnts semua x puas hati dgn pengusha kantin dgn makanan x cukup x sedap kotor tp sbb ada cable dgn pengetua. punya la liat xleh org buat2 apa2. asik sambung tender aja. cikgu pun mmg dsyat ada ari tu sorg teacher tu terang2 buat live waktu jaga budak perlwanan bola sepak. buat live dlm kreta jual bag. bila i tegur selamba ja bgtau. dah2 la cikgu duk sibuk jd usahawan sampai tergadai waktu kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak tukar render lain or baik kantin tu dilupuskan |
|
|
|
|
|
|
| |
|