View: 36148|Reply: 3
|
Teko & Cawan Teh Mengandungi Racun Sianida, Enam Individu Maut Di Hotel Terkemuka Di Bangkok
[Copy link]
|
|
Seramai enam ditemui maut di bilik hotel terkemuka di Bangkok, Thailand dipercayai akibat sianida iaitu sejenis racun kimia.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Mejar Jeneral Polis Nopasilp Poonsawat, bukti forensik mendapati teko teh dan cawan yang diletakkan di bilik terbabit mengandungi racun sianida.
"Kami mengesyaki bahawa seorang daripada enam individu yang ditemukan di bilik itu bertanggungjawab atas kematian itu dengan menggunakan sianida."
Menurut salah seorang pekerja hotel memberitahu bahawa dia hanya melihat seorang wanita berusia 56 tahun sahaja di bilik berkenaan dan wanita terbabit hanya mengambil makanan dan minum yang disediakan sahaja selain menolak untuk hidangan air teh.
Hasil siasatan awal mendapati, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada masalah peribadi membabitkan kesemua mangsa dan ianya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan atau organisasi jenayah yang beroperasi di Thailand.
Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes.
Sumber: The Guardian/OhBulan
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
teringat yg kes indonesia tu yg bestie sendiri pakai racun ni utk racun dia sampai mati. ngeri betui. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la angker bilik hotel tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|