View: 23660|Reply: 15
|
Insiden Hilang Kerosin Jet-A1 Di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang : 6 Ditahan Termasuk 3 Anggota Polis
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis menahan enam individu termasuk anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kehilangan bahan api Kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara, Subang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api berkenaan Isnin lalu.
"Susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor membuka kertas siasatan bagi menyiasat kehilangan bahan api berkenaan.
"Hasil siasatan dijalankan beberapa siri tangkapan dilakukan Selasa lalu ke atas enam lelaki berusia 31 hingga 55 tahun.
"olis mengesahkan tiga daripadanya adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, semua individu berkenaan direman selama tempoh dua hingga tujuh hari bermula semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Polis menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang walaupun kes membabitkan pihak polis," katanya.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
Woowww. Berapa agaknya value kerosin yg hilang tu ya |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah ini pertanda bahwa budaya mencuri sudah tertanam dalam DNA orang melayu mulai dari level bawah hingga level tertinggi atau level PM ? |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 19-7-2024 08:53 AM
Apakah ini pertanda bahwa budaya mencuri sudah tertanam dalam DNA orang melayu mulai dari level bawa ...
Kalau konoha budaya rasuah dan mencuri dlm DNA. Lagi dasat |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg imej polis rosak sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Polis rasuah, bunuh org, langgar budak sampai mati, rogol tahanan, kawin2 - 3, ada anak/cucu luar nikah berpisah tiada.
Mohon PDRM tapis jangan bagi budak rempit kelas belakang jadik polis.. ekekekehuhuuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Lor… jet A1 pun. Ingat diesel je
Sape buyer tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana polis boleh terlibat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bukan ke najib jer boleh sign borang bawak keluar barang dari stor tentera |
|
|
|
|
|
|
|
Penat I ol seminggu melahar polis.
Maleh dah nak lahar.
Semoga polis jahat cepat mampus.
Semoga polis baik dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
polis lg
ye la polis tu kbykn bdk kls blkg klau yg pangkt bawahan...sbb tubuh helok cukup inchi blh la jd polis..
jpj mcm xdgr sgt kontrobesi kn
kalau yg insp ke atas tu pulakkk dorg ni tpksa jd polis sbb kdg xdpt kejaa |
|
|
|
|
|
|
|
LoL mcm ni kalo negara luar nak tawan msia sng jer. Rasuah je org dlm srh sabatoj. Baru jet nak berlepas tetiba br perasan eh minyak x Ada. Mcm mn nak terbang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni madanon ada alasan nak naikan rega minyak tanah le |
|
|
|
|
|
|
|
POLIS lagi?..
Ramai jer polis yang baik baik tapi yang masuk berita semua yang buat hal.
Harap PDRM buang semua polis yang tak berguna macam ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|