CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24161|Reply: 4

Penyelia restoran di Johor Bahru mengaku tidak bersalah pandu mabuk, rempuh polis trafik

[Copy link]
Post time 19-7-2024 08:39 AM | Show all posts |Read mode






Johor Bahru: Seorang penyelia restoran makanan laut mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis trafik, Ahad lalu.


Ng Wee Long, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ng didakwa memandu kereta Proton Wira dengan kandungan alkohol dalam badan 121 miligram (mg) per 100 mililiter (ml), iaitu melebihi kadar dibenarkan 50 mg per 100 ml, dan menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis trafik Mohamad Rasul Mohd Yusof di KM3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini, pada 7.05 pagi, Ahad lalu.


Dia didakwa di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000.


Jika sabit kesalahan, lesen memandu akan diendorskan serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama maksimum tujuh tahun dan lesen memandu percubaan, jika ada, dibatalkan.




Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Inspektor S Vikineswary menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan lesen memandu digantung sehingga kes selesai selain perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan dia menanggung perbelanjaan bulanan keluarga seorang diri.


Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.


Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Ogos ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.


Dalam kejadian pagi Ahad itu, Mohamad Rasul patah tulang pinggul sebelah kiri, luka pada muka dan dagu selain luka pada bahagian tangan kanan selepas dilanggar Ng ketika membuat kawalan lalu lintas berikutan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbabas sendiri di lorong kanan menghala ke Permas Jaya.


Sumber: Harian Metro








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
"...... pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret ........". Erk??.. iols tak faham. Ni bukan rakyat Malaysia ke sampai perlu jurubahasa? Kalau kau warganegara, kesian kesian sampai tak faham bahasa negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
moga mangsa dpt keadilan.. pada si pelanggar mohon mati overdose minum arak
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-7-2024 10:53 AM

kaloo pengundi [email protected] la...mereka orang baik2...ni mesti kes TAK TAU..DIA MABUKLA...suh jer dia minta maaf cam biasa depa buat.Jgn lupa undi ph prk Nenggiri nantinya....yer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:14 PM | Show all posts
"..Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.237706 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list